Kerajaan perlu wujudkan sistem saraan baharu

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

LENDU 8 Sept – Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang baharu perlu diwujudkan kerajaan berikutan sistem saraan sedia ada tidak pernah dikaji dan ditambah baik sejak hampir 20 tahun lalu.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Adnan Mat berkata, sistem saraan sedia ada yang digubal pada 2002 perlu diwujudkan dengan SSM baharu berikutan ia relevan pada keadaan semasa.

“Perkara itu wajar dimasukkan dalam peruntukan Belanjawan 2022 yang dijadualkan dibentang di Dewan Rakyat pada 29 Oktober depan bagi memastikan ia relevan dengan persekitaran ekonomi semasa dan bukannya menggunakan dapatan daripada sistem yang diwujudkan 19 tahun lalu.

“Pemberian peruntukan khusus bagi mewujudkan sistem saraan baharu itu turut mencerminkan kerajaan serius mahu mereformasi sistem penyampaian perkhidmatan awam daripada segala aspek termasuk melibatkan hal-hal kebajikan penjawat awam,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan kunjungannya di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Lendu, Alor Gajah, di sini petang tadi.

Dalam pada itu, beliau berkata, skim gaji yang melangkaui pendapatan garis kemiskinan negara merupakan antara perkara yang perlu diberi perhatian dalam pelaksanaan SSM.

“Kenaikan gaji tahunan yang lebih bersesuaian juga perlu mengikut peningkatan kos sara hidup semasa,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

435
Kongsi :
Previous post Kawasan Lembah Klang beralih Fasa 2 mulai 10 September – PM
Next post Kelindan maut kemalangan lori rempuh lori
Ubah saiz-+=