Kerjasama mantap bantu Melaka capai sifar miskin tegar

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

SERI NEGERI 5 Mac – Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam merakamkan ucapan tahniah kepada Negeri Melaka di atas kejayaan mencapai sifar miskin tegar pada 28 Disember lalu.

Tun Dr. Mohd Ali berkata, kejayaan itu hasil usaha bersepadu dan kerjasama yang mantap di antara Kerajaan Negeri bersama agensi-agensi persekutuan dan negeri.

“Saya difahamkan berdasarkan sistem pangkalan data bersepadu isi rumah miskin (eKasih) yang diselaras oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM), Negeri Melaka sejak tahun 2010 merupakan satu-satunya negeri yang telah berjaya mencatatkan sifar miskin tegar di Malaysia.

“Walau bagaimanapun, akibat peningkatan dalam kadar pendapatan garis kemiskinan 2019 yang mula diguna pakai bermula 1 Februari 2021, sebanyak 4,010 ketua isi rumah (KIR) miskin tegar telah direkodkan di Melaka mulai tarikh tersebut.

“Melalui usaha-usaha bersepadu dan kerjasama yang mantap oleh agensi-agensi persekutuan dan negeri, akhirnya Negeri Melaka telah mencapai sifar miskin tegar. Tahniah diucapkan kepada barisan kepimpinan negeri dan rakyat Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ucapan perasmian pembukaan Persidangan Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas Tahun 2024 di Dewan Undangan Negeri Melaka, di sini, hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

257
Kongsi :
Previous post Melaka menuju ‘digital citizen’
Next post DUN Melaka ucap tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Ke-17
Ubah saiz-+=