Melaka menuju ‘digital citizen’

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

SERI NEGERI 5 Mac – Transformasi ke arah ‘digital citizen’ ditekankan Kerajaan Negeri mampu menjadikan Melaka sebagai sebuah destinasi yang berdaya saing dalam pelbagai bidang.

Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam berkata seperti negara-negara lain seluruh dunia, Malaysia khususnya Negeri Melaka sedang bergerak ke arah konsep itu.

“Dengan perkembangan global dunia digital tanpa sempadan, pendigitalan 4G dan 5G perlu dilaksanakan segera supaya Negeri Melaka mampu bersaing.

“Saya menyambut baik inisiatif Kampung Digital yang diperkenalkan Kerajaan Negeri bagi mengatasi isu ketiadaan alamat rumah yang jelas dan tersusun.

“Diharapkan melalui inisiatif ini pengurusan penghantaran dan lain-lain perkhidmatan berkaitan alamat rumah dapat diatasi serta diuruskan dengan lebih teratur,” katanya.

Tun Dr. Mohd Ali berkata demikian ketika berucap pada perasmian pembukaan Persidangan Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas di Dewan Persidangan DUN Melaka di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Tun Dr. Mohd Ali berkata Kerajaan Negeri juga sedang membangunkan satu sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan secara digital.

“Sistem ini akan menjadi platform untuk semua agensi negeri dan persekutuan berinteraksi secara terus dengan rakyat.

“Justeru Kerajaan Negeri perlu memastikan semua projek pembangunan mempunyai infrastruktur telekomunikasi dan perkakasan lengkap disediakan di peringkat perancangan,” katanya.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

320
Kongsi :
Previous post Tahniah Melaka cipta pencapaian membanggakan – Tun Mohd Ali
Next post Kerjasama mantap bantu Melaka capai sifar miskin tegar
Ubah saiz-+=