Kerjasama pelancongan Malaysia-China berhasil

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

DURIAN TUNGGAL 8 Ogos – Kerjasama kebudayaan dan pelancongan yang terjalin antara Malaysia dan China menerusi Simposium ‘Belt And Road Innatiative’ sebagai antara negara terawal membuahkan hasil.

Menteri Kedutaan Republik China di Malaysia Tang Rui berkata, China telah menjadi negara pelancongan terbesar di Malaysia di luar ASEAN selama 10 tahun berturut-turut sejak 2012.

“Sebagai contoh pada 2019, Malaysia merupakan destinasi pelancongan kelapan terbesar bagi warga China dan kira-kira 3.11 juta pelancong China melawat Malaysia selain menyumbang 12 peratus daripada jumlah kedatangan pelancong.

“Pelancong China membelanjakan sejumlah RM15.3 juta bilion di Malaysia dan menyumbang lebih 17 peratus daripada jumlah pelancong,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena Simposium ‘Belt And Road Innatiative’ yang turut dihadiri Exco Pendidikan dan Teknologi negeri, Datuk Rais Yasin dan Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Prof Ts Dr Massila Kamalrudin, di UTeM hari ini.

Mengulas lanjut, Tang Rui berkata, sejak penularan COVID-19 sekatan perjalanan dikenakan dan beberapa acara tidak dapat diteruskan seperti yang dirancang namun ianya beralih kepada medium internet bagi meneruskan kerjasama.

“Dengan jumlah luar biasa dan pencapaian cemerlang ini, saya amat merasakan masa depan yang cerah selain menjanjikan kerjasama kebudayaan dan pelancongan China-Malaysia dalam era pasca pandemik.

“Saya percaya selepas pandemik, kerjasama kebudayaan serta pelancongan antara China dan Malaysia akan menjadi lebih erat selain akan mewujudkan hasil yang lebih baik sekaligus akan meningkatkan persefahaman persahabatan antara kedua-dua negara ini,” katanya.

Views:

1635
Kongsi :
Previous post Enam sekeluarga ditahan bersama dadah RM694,412
Next post TYT, isteri hadir majlis sambutan Hari Asyura
Ubah saiz-+=