TYT, isteri hadir majlis sambutan Hari Asyura

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

BUKIT KATIL 8 Ogos – Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam dan isteri Toh Puan Asmah Abdul Rahman hadir ke Majlis Sambutan Hari Asyura Peringkat Negeri Melaka hari ini.

Sambutan yang diadakan di Masjid Sayyidina Ali, di sini, turut dihadiri Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan negeri Datuk Kalsom Nordin; Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Datuk Wira Md Rawi Mahmud dan Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Che Sukri Che Mat.

Majlis Sambutan Hari Asyura itu dimulakan dengan alunan bacaan ayat suci al-Quran daripada 100 peserta tadarus dan khatam al-Quran.

Pada majlis ringkas tersebut, Tun Mohd Ali sempat menyampaikan sumbangan kepada kira-kira 31 anak yatim di bawah Kariah Masjid Sayyidina Ali, di sini.

TOH Puan Asmah menyampaikan sumbangan kepada anak yatim di bawah Kariah Masjid Sayyidina Ali. Foto Iqmal Haqim Rosman

Majlis diteruskan dengan jemaah berbuka puasa secara ringkas sejurus selepas azan Maghrib berkumandang diikuti Solat Fardhu Maghrib berjemaah yang dipimpin oleh Imam 1 Masjid Sayyidina Ali Ustaz Mohd Hidhir Hamidon.

Seramai 500 jemaah menghadiri majlis tersebut.

Selepas solat Maghrib, majlis diteruskan dengan sesi Ceramah Khas Hari Asyura disampaikan oleh Pencetus Ummah Rahmat.

Terdahulu, Tun Seri Setia Mohd Ali dan isteri tiba di perkarangan Masjid Sayyidina Ali pada jam 6.50 petang.

Views:

1588
Kongsi :
Previous post Kerjasama pelancongan Malaysia-China berhasil
Next post Minyak masak: Peniaga patuh, 17 peratus jual bawah harga maksimum – Annuar
Ubah saiz-+=