Kertas siasatan Awie langgar SOP lengkap minggu ini- Polis

Masa Membaca:1 Minit, 38 Saat

PERINGGIT 25 Mei – Kertas diasatan berhubung dakwaan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) oleh lagenda rock tanah air, Datuk Awie akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dalam masa terdekat untuk tindakan lanjut.

Timbalan Ketua Polis Melaka Senior Asisten Komisioner Razali Abu Samah berkata, pihaknya dalam proses melengkapkan kertas siasatan selepas memanggil beberapa individu yang terbabit dalam video tular membabitkan selebriti itu.

“Kita telahpun memanggil saksi yang ada dan ia dijangka selesai dalam minggu ini sebelum kita teruskan dengan serahan kepada TPR,” katanya.

RAZALI ketika ditemui pemberita selepas membuat tinjauan mengejut di sebuah pasar raya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas membuat pemeriksaan mengejut pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di sebuah pasar raya di Taman Lagenda di sini, hari ini.

Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman sebelum ini dipanggil polis bagi merakam keterangan berhubung dakwaan melanggar SOP selepas videonya tular ketika membuat persembahan di sebuah hotel di sini tanpa memakai pelitup muka dan tidak melakukan penjarakan fizikal pada 30 April lalu.

Mengenai dakwaan perlanggaran SOP seorang wanita yang mewakili sebuah parti politik di negeri ini, Razali berkata, pihaknya membuka kertas siasatan bagi membolehkan polis menyiasat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Jelasnya, semua individu yang terbabit termasuk pemimpin wanita parti politik dalam gambar yang ditularkan turut dipanggil untuk siasatan lanjut.

“Apabila (kertas siasatan) lengkap, kita akan rujuk kepada TPR dan tunggu apa arahan dan tindakan selanjutnya,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kertas siasatan dibuka berikutan gambar yang didakwa melanggar SOP kerana melakukan aktiviti ziarah pada Hari Raya Aidilfitri lalu.

“Jika kita mendapat maklumat mereka melanggar SOP pada ketika itu, kita boleh terus keluarkan saman mengikut Akta 342, namun jika gambar disiarkan semula atau selepas itu, barulah kertas siasatan dibuka,” katanya.

RAZALI ketika ditemui pemberita selepas membuat tinjauan mengejut di sebuah pasar raya di sini, hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

572
Kongsi :
Previous post PKP 3.0: Pasukan khas berpakaian preman pantau pematuhan SOP
Next post Aktiviti berkelah tidak dibenarkan sepanjang PKP 3.0
Ubah saiz-+=