
Kes Covid-19 kekal dua angka tiga hari berturut-turut
PUTRAJAYA 21 Julai – Jumlah kes baharu positif COVID-19 yang dilapor di Malaysia hari ini masih pada dua angka iaitu hari ketiga berturut-turut, pada 15 kes dengan 11 melibatkan penularan dalam negara.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan terkini itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif di negara ini sebanyak 8,815 kes dengan 130 kes kebolehjangkitan.
“Daripada 15 kes baharu yang dilaporkan, empat adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara melibatkan tiga warganegara Malaysia dan satu bukan warganegara yang dibenarkan masuk ke Malaysia atas urusan kerja, iaitu dari Belanda, Arab Saudi, United Kingdom dan Indonesia.
“Daripada 11 kes penularan di dalam negara, 10 adalah dalam kalangan warganegara Malaysia dan satu kes adalah bukan warganegara iaitu kes saringan kemasukan baharu ke Depoh Tahanan Imigresen (DTI) Semuja, Sarawak,” katanya pada sidang media perkembangan COVID-19 di sini, hari ini.
Pada 19 Julai, Malaysia mencatatkan 15 kes positif baharu diikuti 21 kes positif semalam (20 Julai).
Views:
Related


Berita Lain
‘CRUISE’ PUAS-PUAS DI MELAKA, PELBAGAI PROMOSI MENARIK MENANTI ANDA
BANDARAYA MELAKA 24 Mei - Sempena cuti sekolah ini, Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menawarkan pelbagai promosi menarik...
MELAKA CETUS GELOMBANG MUSIM CUTI SEKOLAH
BANDA HILIR 24 Mei - Melaka terus menjadi destinasi pilihan pelancong apabila kadar tempahan hotel dilaporkan mencecah lebih 95 peratus...
BISKUT TONGKAT BUKIT BULAT LAIN DARIPADA YANG LAIN
MACHAP JAYA 24 Mei - Rasanya yang lebih rangup dan tidak perlu mengambil masa lama untuk lembut apabila dicicah dengan...
ZIARAH KASIH JADI RUTIN ‘AH SEM’
MACHAP JAYA 24 Mei - Nasib rakyat memerlukan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya terus terbela menerusi inisiatif...
MELAKA JADI TUMPUAN GENG ‘BASIKAL LIPAT’
BANDA HILIR 24 Mei - Seramai 616 pemilik basikal lipat berhimpun di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, di sini, bagi memeriahkan...
TANAMAN DURIAN ‘PELABURAN’ MASA DEPAN CMI
ASAHAN 24 Mei - Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) meneroka bidang pertanian menerusi penanaman 90 pokok durian premium jenis Musang...
