
Kes disyaki cacar monyet tidak benar, sebenarnya kes cacar air dan HFMD – Khairy
KUALA LUMPUR 31 Mei – Kes yang disyaki jangkitan cacar monyet di negara ini adalah tidak benar.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin hari ini menerusi perkongsian di Twitternya menafikan perkara itu berdasarkan hasil laporan makmal.
Katanya, dua daripada tiga kes yang disyaki itu adalah cacar air manakala satu lagi adalah kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).
“Quick update on monkeypox: We have gotten back lab results from three suspected cases. Two confirmed as chickenpox. One HFMD,” kongsinya menerusi Twitter rasminya hari ini.
Terdahulu media melaporkan, Malaysia telah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya penyakit berjangkit itu dikesan negara ini.
Pada masa sama, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengeluarkan notis kesihatan cacar monyet menerusi aplikasi MySejahtera.
Khairy turut mengingatkan kepada pengembara untuk memantau simptom berkaitan selama 21 hari dan sekiranya bergejala hendaklah mendapatkan rawatan segera kerana tempoh inkubasi cacar monyet adalah sekitar tiga minggu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM BINA GENERASI KEDUA ASNAF MAMPU UBAH MASA DEPAN
BUKIT KATIL 11 Oktober - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menyasar untuk melahirkan generasi kedua asnaf yang bukan sahaja berjaya...
SUNGAI UDANG: RAIS BERI BAYANGAN ‘SUDAH TERANG LAGI BERSULUH’
SUNGAI UDANG 11 Oktober - 'Sudah terang lagi bersuluh' menjadi bayangan dan isyarat daripada Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu Datuk...
EKONOMI BIRU MASA DEPAN MELAKA
TANJUNG BIDARA 11 Oktober - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menegaskan bahawa pertumbuhan Ekonomi Biru atau 'Blue...
JEREBU: KURANGKAN AKTIVITI LUAR, ELAK UDARA TERCEMAR
SUNGAI UDANG 11 Oktober - Rakyat Melaka dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar susulan keadaan jerebu yang masih berada pada tahap tidak...
SEKOLAH DI MELAKA BEROPERASI SEPERTI BIASA ESOK
AYER KEROH 11 Oktober - Semua institusi pendidikan di Melaka akan beroperasi semula seperti biasa esok (Isnin, 12 Oktober), susulan...
PERZIM KAJI PENDEKATAN BAHARU NAIK TARAF PAMERAN MUZIUM
BANDA HILIR 11 Oktober - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) mengumpulkan idea dan input baharu menerusi lawatan penanda aras ke lima...
