Sorting by

×

KESELAMATAN PELANCONG JADI KEUTAMAAN – MATTA MELAKA

Masa Membaca:55 Saat

PENGKALAN BATU 19 Julai – Aspek keselamatan menjadi agenda utama Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Melaka bagi memastikan imej pelancongan negara kekal relevan buat golongan pelancong seluruh dunia.

Pengerusinya, Goh Hock Gin berkata aspek keselamatan adalah perkara asas yang perlu ditingkatkan bagi memastikan industri pelancongan negara terus berkembang positif dari semasa ke semasa.

“Ketika kita bersedia menyambut Tahun Melawat Malaysia 2026 (Visit Malaysia 2026) dan juga menjadi tuan rumah kepada sambutan Hari Pelancongan Sedunia (WTD) di Melaka pada September nanti, keselamatan perlu menjadi asas kepada pertumbuhan industri pelancongan kita.

“Adalah penting untuk kita bersama-sama beri keyakinan kepada para pelancong bahawa Melaka dan Malaysia kekal sebagai destinasi utama yang terkenal dengan tahap keselamatan yang baik, mesra pelancong dan profesional,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Seminar Kesedaran Keselamatan Pelancongan & Pelancaran Pelekat Visit Malaysia 2026 bertempat di Pejabat Cawangan MATTA Melaka di sini, baru-baru ini.

Sementara itu pada program itu, beliau mengalu-alukan kehadiran kira-kira 50 peserta seminar berkenaan, selain turut menyaksikan Majlis Pelancaran Pelekat Promosi Visit Malaysia 2026.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1019
Kongsi :
Previous post LEFTENAN MUDA MAUT, KERETA REMPUH LORI TANGKI
Next post IKON GIGI MELAKA PERKASA KESEDARAN KESIHATAN MULUT