Kesidang Mas formula khas komunikasi dua hala pemimpin dan warga kerja UTeM

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

DURIAN TUNGGAL 28 Julai – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mempunyai formula tersendiri mewujudkan medan komunikasi dua hala efektif antara Naib Canselor dan keseluruhan lapisan warga kerja universiti ini.

Justeru Naib Canselor UTeM, Profesor Ts Dr Massila Kamalrudin berkata, Kesidang Mas adalah platform untuk dirinya sebagai tunggak kepimpinan UTeM berkomunikasi secara dari hati ke hati bersama kesemua lapisan dan kumpulan warga kerja UTeM.

“UTeM adalah organisasi yang unik kerana ianya merupakan gabungan tenaga kerja daripada kalangan kumpulan akademik yang terdiri daripada guru bahasa, pensyarah hinggalah profesor.

“Manakala kumpulan pentadbiran pula adalah terdiri daripada pelbagai skim dan ianya terbahagi pula kepada kumpulan sokongan dan kumpulan Pengurusan dan Profesional.

“Dengan jumlah sumber manusia seramai lebih dua ribu orang maka sudah tentulah kita perlu mempunyai medan komunikasi strategik dan efisien agar objektif organsisasi kesampaian di samping kebajikan mereka terpelihara,” katanya.

Kesidang Mas dilaksanakan menerusi lima sesi perjumpaan yang dibahagikan kepada kumpulan Guru Bahasa dan Pensyarah gred DS45, Kumpulan sokongan, kumpulan Pengurusan dan Profesional (pentadbir), kumpulan Pensyarah Kanan DS52 dan Profesor Madya serta kumpulan Profesor.

Dr Massila berkata, hasil daripada pelaksanaan Kesidang Mas ini maka pelbagai dapatan hebat diperolehi hasil daripada perkongsian input dan luahan daripada setiap kumpulan kerja berkenaan.

Katanya, impak program ini amat besar kerana dari sini beliau mampu merangka dan menguruskan UTeM dengan lebih baik sekali gus menjajar universiti melonjak ke hadapan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1652
Kongsi :
Previous post Pekak tak halang anak Melaka jelajah 8,000km
Next post 13 lagi PPR akan dibina di Melaka
Ubah saiz-+=