
KETUA MENTERI BERLEPAS KE SINGAPURA DENGAN PENERBANGAN SCOOT
BATU BERENDAM 9 November – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, hari ini, menaiki pesawat Scoot untuk memulakan lawatan kerja rasminya ke Singapura selama tiga hari.
Difahamkan lawatan kerja itu bertujuan untuk menggalakkan sektor pelancongan di antara Melaka dan Singapura selepas laluan udara di antara Singapura dan Melaka dibuka secara rasmi 23 Oktober lalu menerusi syarikat penerbangan tambang rendah Singapore Airlines.
Dalam lawatan kerja rasmi Kerajaan Negeri itu, Ab Rauf diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad dan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman
Terdahulu, Ab Rauf tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) pada jam 10.45 pagi dan disambut kenamaan sebelum menyambut 90 pelancong yang tiba ke Melaka menaiki penerbangan Scoot pada jam 11 pagi.
Beliau kemudiannya mengadakan lawatan di sekitar LTAM bagi melihat penambahbaikan yang boleh dilakukan.
Ketua Menteri dan kenamaan berlepas dari LTAM ke Singapura kira-kira jam 12 tengah hari tadi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
ROAD TO MAHA 2026 ZON SELATAN SASAR 7,000 PENGUNJUNG
JASIN 23 Mei -Penganjuran Road to MAHA 2026 Zon Selatan dijangka mampu menarik antara 5,000 hingga 7,000 pengunjung dari Melaka...
TEKNOLOGI AI DALAM PERTANIAN TARIKAN UTAMA MAHA 2026
JASIN 23 Mei - Teknologi pertanian terkini termasuk menggunakan kecerdasan buatan (AI) antara tarikan utama disajikan buat pengunjung pada Pameran...
MELAKA JADI ‘WAJAH’ FILEM KONSPIRASI
BANDARAYA MELAKA 23 Mei - Keindahan dan keunikan Negeri Melaka mendapat perhatian industri perfileman tanah air apabila dipilih sebagai antara...
MELAKA SEDIA KEMUDAHAN PINJAMAN PERUMAHAN BANTU B40
BANDARAYA MELAKA 23 Mei - Dana Hartanah Bumiputera (DHB) yang disediakan Kerajaan Negeri menerusi Melaka Finance House (MFH) merupakan antara...
WRUR BAWA IMPAK BESAR UNTUK WARGA KOTA LAKSAMANA
KOTA LAKSAMANA 23 Mei - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) yang berlangsung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana...
KEJOHANAN GOLF PPSPM PROMOSI ECO CRUISE SUNGAI LINGGI
BANDARAYA MELAKA 23 Mei - Kejohanan Golf Piala Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) yang dijadual berlangsung pada 12...
