
KIBARAN JALUR GEMILANG WARNAI PERKARANGAN MENARA TAMING SARI
BANDA HILIR 15 Ogos – Bersempena Bulan Kebangsaan, kakitangan Menara Taming Sari menceriakan perkarangan ikon pelancongan Melaka itu dengan kibaran Jalur Gemilang dan bendera semua negeri di Malaysia.
Tinjauan Melaka Hari Ini mendapati, bahagian dalam premis termasuk kaunter tiket turut dipasang Jalur Gemilang bagi menyuntik semangat patriotik.
Turut menghiasi sekitar Menara Taming Sari adalah papan iklan tertera logo Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD2025) dan Persidangan Pelancongan Sedunia 2025 (WTC2025) dijadualkan berlangsung September depan.
Terdahulu, pada perhimpunan bulanan agensi itu semalam, Ketua Pegawai Eksekutifnya Nur Azan Hassan, menekankan bahawa pentingnya untuk warga kerja MTS bersedia bagi menghadapi cabaran pada alaf baharu dan melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dalam bidang yang berkaitan.
Perhimpunan bulanan yang diadakan itu, merupakan platform syarikat dalam menyampaikan hala tuju, amanat, motivasi dan perkembangan semasa Menara Taming Sari.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PAYA RUMPUT BUKA TIRAI RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MELAKA 2026
PAYA RUMPUT 21 Mac - Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput tahun ini akan diadakan secara sederhana...
SWM ENVIRONMENT UKIR SENYUMAN LEBARAN
TELOK MAS 21 Mac - SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) terus memperkukuh menzahirkan rasa cakna terhadap insan kurang bernasib...
POLIS MELAKA TUMPASKAN SINDIKET PENIPUAN KHIDMAT SEKS DALAM TALIAN
MELAKA 21 Mac - Polis menumpaskan sindiket penipuan dalam talian dengan penahanan 15 individu termasuk warga China, di Kampung Lapan,...
SENTUHAN MPAG BAWA KECERIAAN, SINARI AIDILFITRI
TABOH NANING 21 Mac - Inisiatif kongsi rezeki daripada Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) menceriakan asnaf dari lima Dewan Undangan...
‘IDEA TOK RAOP MEMANG TERBAIK’
TANJUNGÂ BIDARA 21 Mac - Usaha berterusan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menjaga kebajikan rakyat negeri ini...
KETUA MENTERI HARGAI PENGORBANAN RAKYAT MELAKA BERTUGAS DI HARI RAYA
TANJUNG BIDARA 21 Mac - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menzahirkan penghargaan terhadap semua rakyat Melaka yang...
