
Kilang kayu haram dalam kebun kelapa sawit diserbu
ALOR GAJAH 29 Dis. – Padah beroperasi secara haram, sebuah kilang kayu palet dalam kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Bukit Hantu di sini diserbu pihak berkuasa petang tadi.
Serbuan dilakukan pegawai dan penguatkuasa Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) setelah melakukan risikan selama sebulan terhadap kilang berkenaan yang dipercayai telah beroperasi sejak setahun lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar, Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan berkata, semakan mendapati, kilang kayu itu dipercayai beroperasi tanpa permit sah termasuk lesen MPAG.
“Hasil lawatan mengejut ini mendapati premis ini juga tidak mempunyai pelan sah yang menjadi satu kesalahan di bawah Akta 133 Akta Jalan Parit dan Bangunan selain menyalahi dalam Undang-Undang Kecil Tred dan Perniagaan MPAG 2010.
“Kilang juga telah diberikan kompaun sebanyak RM250 walaupun pemiliknya tidak hadir sebelum kita mengambil tindakan selanjutnya,” tegasnya ketika ditemui media selepas serbuan berkenaan.
Hadir sama, Yang Dipertua MPAG, Mohd Fadhil Hasan.
Abdul Ghafaar menegaskan, setiap premis kilang yang beroperasi di negeri ini perlu mempunyai lesen yang sah dan memenuhi piawaian yang telah ditetapkan.
Views:
Related
Berita Lain
4 JETI NELAYAN AYER LIMAU DIBERI NAFAS BAHARU
AYER LIMAU 28 September - Empat jeti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau diperkasa secara berperingkat menerusi pelbagai projek...
JENAZAH TUN DR SITI HASMAH SELAMAT DISEMADIKAN DI PUSARA NEGARA PRESINT 20
PUTRAJAYA, 28 Sept - Suasana hening menyelubungi Pusara Negara di Presint 20 di sini, ketika jenazah Allahyarham Tun Dr Siti...
MAIM LANTIK 54 PEMBIMBING, PENDAMPING MUALAF
ALOR GAJAH 28 September - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) melantik seramai 54 ahli terdiri daripada 20 Skuad Sukarelawan Balai...
RIBUAN JEMAAH TUNAI SOLAT JENAZAH TUN DR SITI HASMAH
KUALA LUMPUR, 28 Sept - Ribuan jemaah memenuhi Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah di sini petang ini, bagi menunaikan...
DEMI RAKYAT, IMRAN REDAH HUJAN BERBAJU RAYA JAGA PINTU AIR
BANDA HILIR 28 September - Sambutan Aidilfitri bersama keluarga terpaksa diketepikan apabila pesara Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Melaka, Imran...
DRVM: MESIN PINTAR MBMB UBAH BAHAN BUANGAN JADI SUMBER PENDAPATAN
AYER KEROH 28 September - Bahan buangan yang selama ini dianggap tidak bernilai kini boleh ditukar kepada sumber pendapatan sampingan...


