Kira-kira 25,000 sertai Hari Sukan Negara di Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

SERKAM 9 Okt – Seramai kira-kira 25,000 peserta menyertai pelbagai aktiviti dalam Hari Sukan Negara peringkat negeri bermula hari ini hingga Isnin.

Pengerusi Jawatankuasa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Datuk Wira Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, pelbagai aktiviti sukan dianjurkan kerajaan negeri dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

“Antara aktiviti sukan dianjurkan termasuk sukan kayak, berbasikal, dan kita ada juga sukan elektronik, yang menjadi kegemaran anak muda pada masa kini.

“Jadi, kita menjalankan aktiviti sukan ini secara fizikal dan ada yang secara maya, yang mana ia adalah norma baharu yang terpaksa dihadapi dengan penyertaan disasarkan seramai kira-kira 25,000 orang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali merasmikan Hari Sukan Negara 2021 Peringkat Negeri Melaka di Kompleks Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Serkam, di sini hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ts. Kamel Mohamad dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan negeri, Noorman Ramlan serta Pegawai Daerah Jasin, Rahizi Ranom.

Mohd Rafiq berkata, kerajaan negeri menyeru kepada semua untuk bersama-sama membantu kerajaan dengan mempromosikan semangat ‘Malaysia Cergas’ dan melahirkan warga Melaka yang aktif dalam mengamalkan budaya hidup sihat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

779
Kongsi :
Previous post ‘Saya jamin segala perancangan pembangunan diteruskan’ – Kamel
Next post IMAN parti pertama umum mungkin letak calon PRN Melaka
Ubah saiz-+=