‘Saya jamin segala perancangan pembangunan diteruskan’ – Kamel

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

AYER KEROH 8 Okt. – Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ts Kamel Mohamad memberi jaminan segala perancangan pembangunan yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri akan terus dilaksanakan.

Menurutnya perkhidmatan awam di negeri ini tidak akan terkesan dengan situasi semasa negeri dalam memastikan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat sentiasa berada pada tahap terbaik.

“Malah, semua jabatan dan agensi kerajaan di negeri ini diarah terus meningkatkan kecekapan dan produktiviti dalam penyampaian perkhidmatan.

“Ini termasuklah memberi keutamaan kepada kesejahteraan rakyat serta merancakkan pertumbuhan ekonomi negeri Melaka,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Berhubung laporan akhbar mengenai dakwaan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tidak dilayan dengan adil, Kamel berkata, beliau akan memastikan semua penjawat awam Melaka pada setiap masa bekerja dengan tanggungjawab.

“Selain itu mereka perlu berkhidmat dengan penuh muhibbah dan kemesraan sepertimana ikrar perkhidmatan awam.

“Saya juga sentiasa mengingatkan semua ketua jabatan di negeri ini agar segala keputusan dibuat secara profesional dan mematuhi peruntukan undang-undang, serta peraturan dan pekeliling yang sedang berkuatkuasa,” katanya.

Kamel berkata perkhidmatan awam di negeri ini juga komited mendukung konsep ‘neutrality dan goverment of the day’ sebagai jentera yang akan melaksanakan segala dasar yang diputuskan kepimpinan tertinggi negeri dan negara.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1218
Kongsi :
Previous post Keluarga Malaysia manifestasi hasrat, komitmen kerajaan – PM
Next post Kira-kira 25,000 sertai Hari Sukan Negara di Melaka
Ubah saiz-+=