KKBM, Hotel LaCrista jalin kerjasama dalam industri perhotelan

Masa Membaca:55 Saat

BANDARAYA MELAKA 27 Mei – Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka (KKBBM) menandatangani Sijil Kolaborasi Strategik (CoC) bersama Hotel LaCrista bagi meningkatkan kemahiran industri perhotelan.

Timbalan Pengarah Akademik KKBM, Md Emran Saidi berkata, kerjasama kedua-dua industri ini dapat memperkasakan usaha KKBBM dalam melahirkan graduan yang berkualiti dan berkemahiran tinggi.

“Antara kerjasama strategik ditawarkan LaCrista adalah menerima pelajar KKBBM melanjutkan latihan industri, menawarkan kerja sambilan kepada pelajar KKBBM untuk meningkatkan kemahiran, pengalaman serta menambah pendapatan.

“Pihak LaCrista juga mengalu-alukan sesi latihan dan perkongsian ilmu bersama pensyarah, memberikan khidmat nasihat dan kerjasama erat berkaitan bidang industri perhotelan,” katanya kepada MHI.

Hadir sama Pengurus Besar Hotel LaCrista Melaka, Jason R. Bak.

Katanya, pihak KKBBM juga bersedia melatih dan menyediakan pelajar serta graduan yang terlatih, berkemahiran tinggi dan memenuhi kehendak industri.

“Kita amat berbesar hati atas kesudian pihak LaCrista menyempurnakan kerjasama strategik ini selain layanan yang baik terhadap pensyarah dan pelajar KKBM.

“LaCrista mempunyai pasukan pengurusan yang cekap, mesra dan menyenangkan, layanan dan kelebihan ini yang membuatkan nama hotel ini sentiasa disebut pelancong yang datang ke Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1000
Kongsi :
Previous post Agong, Permaisuri zahir ucapan tahniah kepada Guru Berdikasi Cambridge 2022
Next post Kes cacar monyet terus dilaporkan di Sepanyol, Kanada, Amerika Syarikat
Ubah saiz-+=