Koh Nai Kwong dilantik semula Ahli Dewan Negara

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

SERI NEGERI 6 Mac – Bekas Ahli Parlimen Alor Gajah, Datuk Wira Koh Nai Kwong dilantik semula menjadi Ahli Dewan Negara, hari ini.

Pelantikan beliau sebagai Senator dikemukakan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dan disokong Allex Seah Choo Shin (PH-Kesidang) pada Persidangan Pertama, Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Yang Ke-15, di sini hari ini.

“Figura berusia 63 tahun ini merupakan Ahli Jawatankuasa Majlis Presiden MCA Pusat yang memiliki kelulusan tertinggi dalam Sarjana Undang-Undang di Wales, United Kingdom.

“Beliau aktif berkecimpung dalam dunia politik dan persatuan-persatuan di Malaysia yang juga di Melaka.

“Beliau turut diberi kepercayaan menjawat jawatan politik di Negeri Melaka dan amanah sebagai Ahli Dewan Negara tidak kurang penting sebagai wakil rakyat, di mana saya percaya dengan kebolehan dan pengalaman dimiliki beliau,” kata Ab Rauf.

Usul mencalonkan Koh Nai Kwong yang itu disokong seramai 23 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), dua berkecuali dan tiga tidak hadir.

Pelantikan itu akan berkuatkuasa bermula hari ini untuk tempoh tiga tahun.

Sebelum ini, beliau pernah dipilih sebagai Ahli Dewan Negara pada tahun 2020.

Untuk rekod, Koh Nai Kwong juga pernah menjawat jawatan sebagai Adun Kesidang pada tahun 2004.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

432
Kongsi :
Previous post Dakwa TMM2024 kurang promosi, KM bidas ketua pembangkang
Next post Melaka pamer artifak Hang Tuah pada Mei depan
Ubah saiz-+=