Sorting by

×

KOLEJ KOMUNITI SELANDAR RAIH PERAK DI INNOVATEX 2025

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

ASAHAN 19 September – Inovasi pembuatan ‘Sambal Epal Hijau’ oleh pelajar Kolej Komuniti Selandar berjaya meraih pingat perak pada Pertandingan Inovasi Pelajar Peringkat Kebangsaan (INNOVATEX) 2025 yang berlangsung baru-baru ini.

Pengarah Kolej Komuniti Selandar, Rozali Ibrahim berkata projek inovasi kreatif itu adalah hasil kajian tiga pelajar Sijil Pengoperasian Perniagaan iaitu Ammar Zulhilmi Rosmini, Muhammas Afiq Hirfan Mohamad Alfarozeman dan N Lavinraj yang dibimbingan mentor, Nurulhuda Md Yusof.

Katanya, lebih menarik, inovasi diketengahkan bukan sahaja menonjolkan aspek kreativiti, malah turut memberi nilai tambah daripada sudut kebolehpasaran dan keusahawanan, selaras dengan keperluan semasa industri.

“Hasil kejayaan ini membuktikan pelajar kolej komuniti juga mampu bersaing di pentas lebih besar. Pencapaian ini juga jelas menunjukkan warga Kolej Komuniti Selandar berupaya melangkah lebih jauh dalam dunia inovasi.

“Bimbingan pensyarah dan komitmen pelajar, saya yakin kejayaan-kejayaan sebegini akan terus mengharumkan nama kolej serta negeri Melaka,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Whatsapp image 2025 09 19 at 12.41.38 pm
SIJIL pengiktirafan yang diterima.

Mengulas lanjut, Rozali berkata INNOVATEX merupakan platform berprestij yang menghimpunkan pelajar institut pengajian tinggi seluruh negara bagi mempersembahkan hasil penyelidikan dan inovasi.

“Kejayaan ini, sekali gus mengangkat imej Kolej Komuniti Selandar sebagai institusi pendidikan yang bukan sahaja menekankan aspek akademik, malah turut memupuk budaya inovasi seiring aspirasi pendidikan negara,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

430
Kongsi :
Previous post 9 KRT MELAKA JADI MODEL RT PROGRESIF 2025
Next post PAMERAN ‘ENRIQUE DE MALACA’ SEMPENA WTD 2025 BERMULA 23 SEPTEMBER INI