Sorting by

×

KOMITMEN SHAIFULFAZLEE DIHARGAI

Masa Membaca:58 Saat

SERI NEGERI 25 Ogos – Komitmen Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Shaifulfazlee Mohamad, dalam memastikan syiar Islam terus subur selain merangka pelbagai pogram untuk meringankan beban asnaf mendapat perhatian serta diiktiraf oleh Kerajaan Negeri.

Shaifulfazlee dianugerahkan Bintang Cemerlang Melaka (B.C.M) pada sesi kedua Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi Ke-76 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam, di Balai Istiadat, Seri Negeri, di sini, hari ini.

Katanya, penghargaan disampaikan oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam itu dianggap sebagai penghargaan tidak ternilai dan juga amanah yang perlu digalas dengan sebaiknya.

“Terutamanya saya ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Tun Dr. Mohd Ali dan pentadbiran Kerajaan Negeri dipimpin Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh atas pengiktirafan ini.

“Malah saya juga ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan jitu warga MAIM yang sentiasa bersama-sama dengan saya dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat Melaka,” katanya.

Menurutnya, anugerah itu akan dijadikan sebagai motivasi untuk beliau terus melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah kepada rakyat Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

956
Kongsi :
Previous post KESETIAAN LEBIH TIGA DEKAD BERSAMA SAMB DIIKTIRAF
Next post PENA DAN LENSA DUA PENGARANG MUDA MHI DIHARGAI