Sorting by

×

KONVENSYEN KHAS PENDIDIKAN FOKUS BENTUK SAHSIAH PELAJAR – KM

Masa Membaca:56 Saat

ALOR GAJAH 24 Oktober – Konvensyen Khas Pendidikan Negeri Melaka pada Disember ini akan menjadi medan bagi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk bersama-sama terlibat dalam perbincangan berfokus melalui sesi bengkel dibahagikan mengikut kluster.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, lebih menarik apabila konvensyen julung kali diadakan itu akan menghimpunkan PIBG seluruh Negeri Melaka.

Katanya, cadangan dan solusi praktikal dirumus pada konvensyen itu nanti akan diangkat ke peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“Saya percaya dengan komitmen semua pihak, kita mampu menggerakkan gelombang transformasi pendidikan sehingga ke akar umbi, demi melahirkan generasi muda yang unggul dan berakhlak mulia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Sentuhan Kasih Ketua Menteri Melaka Bijak SPM 2025 di Dewan Taming Sari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah, Lendu, di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rosli Abdullah; Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Zulkiflee Mohd Zin serta Pengurus Besar Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM), Abdul Aziz Baba.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

522
Kongsi :
Previous post INSIDEN SALAH LAKU PELAJAR ‘WAKE UP CALL’ UNTUK SEMUA – AB RAUF
Next post ‘FAST LANE ALOR GAJAH’ JADIKAN MPAG LEBIH BERDAYA SAING