Konvoi motosikal berkuasa tinggi semarak Merdeka Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

AYER KEROH 20 Ogos – Deruman enjin lebih 100 motosikal berkuasa tinggi memeriahkan suasana Konvoi Semarak Merdeka Melaka 2022 berlangsung di Dataran Sejarah Ayer Keroh, di sini, hari ini.

Program anjuran Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Jabatan Ketua Menteri Melaka dengan kerjasama Wheelsclan Resources itu melibatkan lebih 200 peserta, selain turut mendapat sokongan pelbagai agensi kerajaan.

Pelepasan peserta konvoi disempurnakan Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis yang mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Hadir sama, Exco Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri Ngwe Hee Sem; Ahli Dewan Negara Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taboh Naning Zulkiflee Mohd Zin; Adun Duyong Mohd Noor Helmy Abdul Halem dan lain-lain kenamaan.

Konvoi sejauh 60 kilometer (km) dari Dataran Sejarah Ayer Keroh ke Taman Rekreasi Durian Daun, Masjid Tanah dan kembali ke Ayer Keroh itu diketuai Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Pengurusan Banjir dan Infrastruktur negeri Datuk Rahmad Mariman.

Antara objektif penganjuran program tersebut ialah bagi memeriahkan sektor pelancongan domestik, selain mempromosikan sub-sektor pelancongan sukan bermotor di negeri ini.

Penganjuran program itu juga mampu menyemarakkan kemeriahan Sambutan Hari Kemerdekaan negara di samping menyemai semangat patriotik dan bersatu padu dalam kalangan peserta yang menyertai program ini.

Ia juga diadakan bagi menyemarakkan kemeriahan Sambutan Hari Kemerdekaan negara di samping menyemai semangat patriotik dan bersatu padu dalam kalangan peserta yang mengambil bahagian.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1543
Kongsi :
Previous post Ustaz, tiga warden pusat pemulihan dadah direman seminggu berhubung kes bunuh
Next post Arkitek ditahan kemuka tuntutan palsu bernilai RM3 juta
Ubah saiz-+=