KP Melaka, Ahli Lembaga Pengarah MHI antara 230 penerima darjah kebesaran Melaka sesi pagi

Masa Membaca:1 Minit, 38 Saat

SERI NEGERI 5 Dis – Ketua Polis Melaka Datuk Wira Abdul Majid Mohd Ali mendahului 230 penerima pingat, pada sesi pagi, hari kedua Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka.

Abdul Majid bersama bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara Datuk Wira Md Rawi Mahmud dan Pengerusi Badan Perhubungan MIC Melaka Datuk Wira MS Mahadevan menerima Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang membawa gelaran Datuk Wira.

Pengarah Eksekutif Perodua Auto Corp Datuk Kazuyoshi Nagata pula dianugerahkan Darjah Mulia Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk.

Selain itu, Ahli Lembaga Pengarah Melaka Hari Ini (MHI), Datuk Kamarudin Ahmad antara 46 penerima menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk.

YANG di-Pertua Melaka, Tun Seri Setia (Dr.) Mohd Ali Mohd Rustam menganugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M.) yang membawa gelaran Datuk kepada Ahli Lembaga Pengarah MHI, Datuk Kamarudin Ahmad pada sesi kedua Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi ke-72 Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Melaka Tahun 2021 di Balai Istiadat Seri Negeri, Ayer Keroh. Foto: MR. Azli

Timbalan Ketua Berita dan Hal Ehwal Semasa Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima, Azhar Muhidin antara 31 penerima Bintang Cemerlang Melaka (BCM).

Turut menerima BCM, Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia Ahmad Janius Abdullah dan Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Superintendan Raiz Mukhliz Azman Aziz.

Kerajaan negeri juga berkenan menganugerahkan Pingat Bakti Masyarakat (PBM) kepada 37 orang perseorangan yang telah memberikan perkhidmatan dan sumbangan baik dalam pelbagai bidang.

Penganugerahan bagi Bintang Khidmat Terpuji (BKT) turut diberi kepada 39 penerima.

Sementara itu, seramai 60 penerima termasuk jurukamera sambilan Astro Awani Imbran Abdullah dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (PJK).

Darjah berkenaan dianugerahkan sempena sambutan ulang tahun ke-72 Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia (Dr) Mohd Ali Mohd Rustam yang diadakan di Balai Istiadat Seri Negeri, hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1840
Kongsi :
Previous post Pemergian Sabaruddin Chik satu kehilangan besar – PM Ismail Sabri
Next post Jenazah Sabbaruddin Chik selamat dikebumikan di Bukit Kiara
Ubah saiz-+=