KPMBM kumpul RM5,700 bantu penduduk di Palestin

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

BANDARAYA MELAKA 22 Jun – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kolej Profesional MARA Bandar Melaka (KPMBM) berjaya mengumpul dana RM5,700 menerusi Program Solidariti Untukmu Palestin 2021.

Presiden MPP KPMBM sesi 2021/2022, Muhammad Danial Fitri Marzlan berkata, program itu mendapat kerjasama Aman Palestin Berhad yang diadakan secara atas talian bermula 28 Mei sehingga semalam.

SUMBANGAN yang dikumpul untuk disalurkan kepada penduduk di Palestin.

“Inisiatif ini bagi mengumpul sumbangan warga kolej untuk disalurkan kepada penduduk di Palestin susulan serangan dan kekejaman yang dilakukan terhadap penduduk Palestin negara itu.

“MPP KPMBM telah mendapat persetujuan pihak kolej untuk melancarkan tabung kutipan sumbangan dalam kalangan warga kolej,” katanya kepada MHI.

MUHAMMAD Danial Fitri

Jelasnya, disebabkan kekangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pihaknya menggunakan platform media sosial seperti Facebook, Instagram dan lain-lain bagi menyebarkan kesedaran buat warga kolej untuk turut menderma.

“Pelbagai objektif digariskan bagi menunjukkan sokongan warga KPMBM terhadap penduduk di Palestin yang ditindas oleh zionis Israel.

“Ia secara tidak langsung menunjukkan keprihatinan kita terhadap pergolakan yang berlaku sekali gus menggalakkan sikap menderma dalam kalangan pelajar,” ujarnya lagi.

Majlis Penyerahan Sumbangan diadakan secara atas talian bersama Aman Palestin Berhad beserta ceramah mengenai perkembangan di Palestin disampaikan Duta Aman Palestin, Ustaz PU Yeop, semalam.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1151
Kongsi :
Previous post Batik: Mirroring spiritual and cosmological space
Next post Tiga babi hutan ditembak
Ubah saiz-+=