
KTMB tawar diskaun RM10 bagi perkhidmatan ETS mulai April
KUALA LUMPUR 14 Mac. – Pengguna Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) akan dapat menikmati potongan diskaun RM10 bagi setiap tiket di bawah kempen promosi Cuti-Cuti Malaysia bermula April ini.
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berkata kempen dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) itu akan berlangsung selama tiga bulan hingga 30 Jun ini.
“Selaras pelancaran kempen ini, KTMB juga ingin memaklumkan jualan tiket bagi perkhidmatan ETS untuk perjalanan 1 April hingga 30 September 2021 akan dibuka mulai esok 15 Mac, dengan 24 perkhidmatan ETS disediakan menggunakan jadual waktu sedia ada.
“Jualan tiket ini dibuka bagi membolehkan orang ramai membuat perancangan awal untuk bercuti di dalam negeri tertakluk kepada arahan semasa oleh pihak kerajaan,” demikian menurut kenyataan KTMB hari ini.
Bagaimanapun diskaun berkenaan hanya boleh dinikmati pengguna yang membuat pembelian tiket melalui aplikasi KTMB Mobile (KITS) atau laman sesawang KTMB.
Langkah itu bertujuan menggalakkan penggunaan secara dalam talian sesuai dengan norma baharu Perintah Kawalan Pergerakan susulan COVID-19, kata KTMB.
Menurut kenyataan itu, promosi diskaun di bawah kempen berkenaan akan diperluas untuk merangkumi perkhidmatan KTM Antarabandar dalam masa terdekat.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
HASN 2026: MBMB TERIMA ANUGERAH BANDARAYA WARISAN HIJAU
AYER KEROH 24 September - Usaha Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dalam memastikan kelestarian dan kebersihan Bandaraya Melaka mendapat pengiktirafan...
TARIKH LAHIR SAMA, NOAH AR RAUF ‘HADIAH’ ISTIMEWA BUAT AB RAUF
AYER KEROH 23 September - Kehadiran cucu ketiga Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh membawa makna istimewa buat...
10,000 GOLONGAN SASAR BAKAL TERIMA MANFAAT KAD RAHMAH BLOOM MEKAR MEDIPULIH
DURIAN TUNGGAL 23 September - Lebih 10,000 golongan B40, warga emas, ibu atau bapa tunggal dan masyarakat Orang Asli di...
MASUK MUZIUM PERCUMA UNTUK ANGGOTA ATM, TEBUS HINGGA 19 OKTOBER
AYER KEROH 23 September – Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Melaka boleh menikmati kemasukan percuma ke lokasi pelancongan terpilih...
LAGA BADAI SELAT MELAKA HIMPUN LEBIH 500 PESILAT
TANJUNG BIDARA 23 September - Lebih 500 pesilat dari pelbagai perguruan dalam dan luar negara menyemarakkan penganjuran Laga Badai Selat...
BANGGA KAMPUNG PULAU SEMAKIN DIKENALI SELEPAS ANAK JATI TERAJUI MELAKA
TANJUNG BIDARA 23 September - Jika dahulu Kampung Pulau sekadar sebuah perkampungan biasa yang tidak begitu dikenali, kini namanya semakin...

