TARIKH LAHIR SAMA, NOAH AR RAUF ‘HADIAH’ ISTIMEWA BUAT AB RAUF

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

AYER KEROH 23 September – Kehadiran cucu ketiga Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh membawa makna istimewa buat keluarganya apabila bayi lelaki itu dilahirkan pada tarikh sama dengan tanggal kelahirannya iaitu 20 September lalu.

Bayi yang diberi nama Noah Ar Rauf itu dilahirkan di Kuala Lumpur dan menjadi permata hati baharu buat Ab Rauf bersama isteri Datin Seri Utama Datuk Wira Zuriyah Abd Aziz.

Ab Rauf menerusi perkongsian di laman Facebook rasminya menzahirkan rasa syukur atas kurniaan berkenaan yang disifatkan sebagai nikmat istimewa buat seluruh keluarganya.

“Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT atas nikmat dan kurniaan yang begitu indah buat keluarga kami.

“Saya bersama isteri, menerima kehadiran cucu ketiga yang menjadi permata hati keluarga kami, Noah Ar Rauf,” katanya.

Ab Rauf pada masa sama mengucapkan tahniah kepada anak perempuannya Laili Nurlaila yang kini bergelar ibu serta menantunya, Muhamad Faiz Juhari yang menyambut kelahiran cahaya mata berkenaan.

Menurutnya, persamaan tarikh kelahiran itu menjadikan kelahiran Noah lebih istimewa dan pastinya mencipta kenangan manis buat keluarga.

“Lebih istimewa dan mengujakan, Noah Ar Rauf berkongsi tarikh lahir yang sama dengan saya iaitu pada 20 September,” katanya.

Perkongsian itu turut menerima pelbagai ucapan tahniah daripada orang ramai yang mendoakan Noah membesar sebagai anak soleh serta menjadi kebanggaan keluarga.

Kelahiran Noah sekali gus menambah seri keluarga Ab Rauf, khususnya selepas beliau menyambut ulang tahun kelahirannya pada tarikh yang sama.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

810
Kongsi :
Previous post 10,000 GOLONGAN SASAR BAKAL TERIMA MANFAAT KAD RAHMAH BLOOM MEKAR MEDIPULIH