Kuala Sungai Baru diserbu ‘geng motor’

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

KUALA LINGGI 26 November – Melaka Bike Week 2022 yang bermula semalam sehingga esok di Universiti Melaka (UniMel), Kuala Sungai Baru, di sini, berjaya menghimpunkan ribuan peminat motosikal dari seluruh negara dan negara-negara jiran.

Daripada peminat motosikal berkuasa tinggi sehinggalah motosikal klasik berstatus legenda, semuanya dihimpunkan pada acara yang julung kali diadakan itu.

Upacara perasmiannya telah disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Canselor UniMel Tun Seri Setia (Dr) Mohd Ali Mohd Rustam.

Malah, majlis itu turut diserikan dengan kehadiran mantan Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Seri Utama (Dr.) Mohd Khalil Yaakob.

Yang turut hadir, Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Linggi Rosli Abdullah; Adun Taboh Naning Zulkiflee Mohd Zin dan Pengerusi Eksekutif Kuala Linggi International Port (KLIP) Tan Sri Noormustafa Kamal Yahya.

192DC550-CB97-4AC3-A737-902D1DFF97BC
Suasana sekitar Melaka Bike Week 2022 di Universiti Melaka (UniMel), Kuala Sungai Baru. Foto Iqmal Haqim Rosman

Pada majlis itu, Tun Mohd Ali turut menyampaikan Anugerah Khas Tokoh ‘Bikers’ kepada 10 penerima terdiri daripada individu, persatuan dan syarikat yang telah mengharumkan nama dalam bidang permotoran.

Pada masa sama, Tun Mohd Ali dan kenamaan turut meluangkan masa mengunjungi gerai pameran dan beramah mesra dengan pengunjung yang hadir pada acara itu.

Difahamkan, sepanjang tiga hari program itu berlangsung, pelbagai program menarik dirangka antaranya gerai pameran dan jualan, persembahan istimewa dan acara kemuncak ialah cabutan bertuah kepada pengunjung yang hadir.

Sebanyak tiga motosikal iaitu Yamaha Y15ZR, Honda RSX150 dan Modenas Karisma ditawarkan sebagai hadiah utama cabutan bertuah itu, selain aksesori motosikal dan wang tunai kepada pengunjung bertuah.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2888
Kongsi :
Previous post TDM mengharapkan yang terbaik daripada kerajaan baharu
Next post Melaka Bike Week 2022 bantu promosi kawasan peranginan Melaka utara
Ubah saiz-+=