
KWSP dijangka umum inisiatif akaun 3 pada April ini – Amir Hamzah
KUALA LUMPUR, 29 Februari – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan inisiatif ‘Akaun Fleksibel’ atau Akaun 3 pada April ini yang merangkumi mekanisme serta kelonggaran pengeluaran kepada pencarum, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Beliau berkata, mekanisme mengenai Akaun 3 itu akan diperjelaskan kepada pencarum selepas KWSP mengumumkan agihan dividen pada Ahad ini.
“Mereka (KWSP) juga akan menyatakan dan menerangkan cara-cara pengeluaran, mekanisme yang ada di mana pemecahan akaun tiga akan diterangkan,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Khairil Nizam Khirudin (PN-Jerantut) mengenai status terkini Akaun 3 khususnya dari segi kaedah pengeluaran pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Amir Hamzah berkata kerajaan tidak melihat kepada sebarang pengeluaran secara bersasar kerana ia akan memburukkan lagi isu ketidakcukupan simpanan persaraan.
“Kerajaan tidak melihat kepada pengeluaran bersasar kerana akan ada juga kelonggaran dalam Akaun 3 itu,” katanya.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SEMANGAT AIDILADHA SATUKAN PPSPM, KOMUNITI PENGKALAN RAMA
DUYONG 28 Mei – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menjadikan Hari Raya Aidiladha tahun ini penuh makna apabila...
USAHA ‘YB ALONG’ AKHIRI DILEMA PENDUDUK KAMPUNG BUKIT ANTU
REMBIA 28 Mei - Dilema penduduk Kampung Bukit Antu, di sini, yang sering terputus hubungan apabila laluan keluar masuk dinaiki...
POLITEKNIK MERLIMAU PERKUKUH TVET, TEROKA INDUSTRI TENAGA JANAKUASA
MERLIMAU 28 Mei - Jabatan Kejuruteraan Elektrik Politeknik Merlimau Melaka (PMM) memperkukuh agenda Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)...
AIDILADHA PENUH MAKNA BUAT MEDIA MELAKA
SERKAM 27 Mei – Aidiladha tahun ini lebih bermakna buat Kelab Pengamal Media Melaka (PENDIKA) apabila buat julung kalinya diberi...
KANAK-KANAK 10 TAHUN DIKHUATIRI LEMAS DI SUNGAI SELISEK
KUALA LUMPUR 27 Mei - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai dibawa arus di Sungai Nilam,...
PEGAWAI POLIS DAN ISTERI MAUT KEMALANGAN DI PEKAN
KUANTAN 27 Mei - Seorang pegawai polis dan isterinya maut, manakala empat anak cedera selepas kenderaan mereka terlibat kemalangan di...
