Ladang sawit di Sabah mampu beri pulangan menguntungkan buat Melaka – KM

Masa Membaca:55 Saat

SABAH 5 Mac – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali bersama delegasi kerajaan negeri, hari ini, melawat ke Ladang Samel Plantation Sdn Bhd di Tawau, di sini.

Menurut Sulaiman, ladang sawit itu merupakan ladang usaha sama di antara Yayasan Melaka dan Yayasan Sabah.

Dalam lawatan itu, beliau yang juga Pengerusi Yayasan Melaka turut mengumumkan pelantikan Adaza Plantation Management Sdn Bhd bagi menambah baik pengurusan ladang terbabit.

katanya, pelantikan itu juga bagi mengoptimumkan pengeluaran hasil kelapa sawit di ladang berkeluasan kira-kira 2,200 hektar itu.

“Saya mahu memastikan pengurusan ladang kelapa sawit ini memberi pulangan hasil yang menguntungkan kepada Yayasan Melaka di masa depan.

“Saya optimis, dengan pelan pemulihan serta pengurusan yang lebih efisien, Ladang Samel Plantation Sdn Bhd mampu memberi pulangan menguntungkan pada masa depan. Insya-Allah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook selepas meninjau operasi ladang terbabit.

Lawatan itu turut disertai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Wira Ibrahim Durum, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zaidi Johari, EXCO Pertanian Negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman dan Pengurus Besar Yayasan Melaka Datuk Yusof Jantan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1928
Kongsi :
Previous post Leypark Station tarik lebih 10,000 pengunjung
Next post Hakisan tebing jalan Masjid Tanah-Lubok Cina semakin serius
Ubah saiz-+=