
Lagenda bola sepak negara Datuk Namat Abdullah meninggal dunia
KUALA LUMPUR 17 Dis. – Negara hari ini kehilangan seorang lagi legenda bola sepak negara, Datuk Namat Abdullah, 74, yang meninggal dunia selepas Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 5.30 petang tadi di kediaman anaknya di Kamunting, Perak, menurut sumber yang dipetik dari portal Berita Harian sebentar tadi.
Anak Allahyarham, Munaliza berkata jenazah ayahnya akan dibawa balik ke Sungai Petani, Kedah malam ini dan akan dikebumikan pagi esok.
“Kami anak-anak kepada arwah ingin memohon maaf bagi pihak arwah dan sekiranya ada ucapan, perbuatan yang terguris tanpa sengaja sepanjang perkenalan bersama, maafkanlah dan jika abah ada terhutang, silalah hubungi kami,” katanya.
Sebelum ini media tempatan melaporkan Allahyarham bertarung nyawa melawan barah usus tahap empat selepas penyakit itu mula dikesan pada Ogos 2017 sebelum melakukan pembedahan di salah sebuah hospital swasta.
Allahyarham menjadi antara pemain bola sepak negara yang disegani atas sumbangan besarnya termasuk membantu Harimau Malaya ke Sukan Olimpik Munich 1972.
Views:
Related


Berita Lain
4 JETI NELAYAN AYER LIMAU DIBERI NAFAS BAHARU
AYER LIMAU 28 September - Empat jeti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau diperkasa secara berperingkat menerusi pelbagai projek...
JENAZAH TUN DR SITI HASMAH SELAMAT DISEMADIKAN DI PUSARA NEGARA PRESINT 20
PUTRAJAYA, 28 Sept - Suasana hening menyelubungi Pusara Negara di Presint 20 di sini, ketika jenazah Allahyarham Tun Dr Siti...
MAIM LANTIK 54 PEMBIMBING, PENDAMPING MUALAF
ALOR GAJAH 28 September - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) melantik seramai 54 ahli terdiri daripada 20 Skuad Sukarelawan Balai...
RIBUAN JEMAAH TUNAI SOLAT JENAZAH TUN DR SITI HASMAH
KUALA LUMPUR, 28 Sept - Ribuan jemaah memenuhi Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah di sini petang ini, bagi menunaikan...
DEMI RAKYAT, IMRAN REDAH HUJAN BERBAJU RAYA JAGA PINTU AIR
BANDA HILIR 28 September - Sambutan Aidilfitri bersama keluarga terpaksa diketepikan apabila pesara Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Melaka, Imran...
DRVM: MESIN PINTAR MBMB UBAH BAHAN BUANGAN JADI SUMBER PENDAPATAN
AYER KEROH 28 September - Bahan buangan yang selama ini dianggap tidak bernilai kini boleh ditukar kepada sumber pendapatan sampingan...
