COVID-19: Kes tertinggi direkodkan, Jasin kini zon merah

Masa Membaca:48 Saat

AYER KEROH 17 Dis. – Kes positif COVID-19 di Melaka buat pertama kalinya mencatat 98 kes hari ini, sekali gus menjadi angka tertinggi pernah direkodkan dalam sehari.

Kesemua kes itu bagaimanapun bukanlah penularan dalam komuniti, sebaliknya datangnya daripada Kluster Penjara Jalan Harapan yang terdiri dalam kalangan banduan.

Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah Negeri Datuk Rahmad Mariman meminta orang ramai khususnya rakyat di negeri agar tidak panik memandangkan keadaan masih terkawal dan tidak melibatkan jangkitan dalam komuniti.

“Sebanyak 98 kes baru hari ini dalam kalangan banduan penjara. Keadaan masih terkawal dan tiada jangkitan lagi di komuniti di sebabkan kes penjara.

“Tiada kes sembuh hari ini dan seramai 152 pesakit kini sedang di rawat,” katanya.

Mengikut data yang dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, kesemua 98 kes itu datangnya dari saringan Pusat Koreksional Jasin.

Pertambahan 98 kes baharu itu turut menjadikan mukim Jasin kini menjadi zon merah terbaharu COVID-19.

Artikel Berkaitan: COVID-19: Jumlah kes mendadak hanya melibatkan banduan

Views:

1218
Kongsi :
Previous post Lagenda bola sepak negara Datuk Namat Abdullah meninggal dunia
Next post TYT beri penghormatan terakhir jenazah tiga beradik
Ubah saiz-+=