TYT beri penghormatan terakhir jenazah tiga beradik

Masa Membaca:59 Saat

AYER KEROH 17 Dis. – Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Utama (Dr) Mohd Ali Mohd Rustam hadir ke kediaman datuk sebelah bapa tiga beradik yang terkorban dalam nahas kemalangan di Taman Seri Jati, sebentar tadi.

Ketibaan beliau pada jam 9.20 malam tadi disambut datuk kepada sebelah bapa mereka, Mohamad Ahad dan meluangkan masa bagi memberikan kata-kata semangat kepada ahli keluarga tiga beradik itu.

Pada pertemuan itu, Mohamad sempat berkongsi saat-saat akhir bersama salah seorang cucunya yang maut dalam kemalangan itu, Muhammad Lutfi Hakim Muhammad Alhafis,3 sebelum diambil ibunya, Nur Aimi Nadiah Abdul Rahim, 27 untuk dibawa ke Pulau Pinang bersama dua lagi adik-beradiknya.

Dalam kemalangan kira-kira jam 3 petang semalam, Nur Aimi Nadiah parah, manakala Muhammad Adam Hakimi, 7, Muhammad Lutfi Hakim dan Muhammad Affan Hafiy, 1 maut di lokasi kejadian selepas Perodua Axia dipandu terbabas dan melanggar belakang treler di laluan kecemasan.

Tinjuan Melaka Hari Ini (MHI) ini mendapati ahli keluarga mangsa masih menantikan ketibaan jenazah tiga beradik itu selepas van yang membawa semua jenazah itu bertolak dari Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, Perak pada jam 5.30 petang tadi.

Views:

657
Kongsi :
Previous post COVID-19: Kes tertinggi direkodkan, Jasin kini zon merah
Next post Panorama, WSH Automotive meterai perjanjian sedia khidmat bas pelancongan elektrik
Ubah saiz-+=