Panorama, WSH Automotive meterai perjanjian sedia khidmat bas pelancongan elektrik

Masa Membaca:1 Minit, 46 Saat

AYER KEROH 17 Dis. – Kerajaan Negeri Melaka menerusi anak syarikatnya, Panorama Melaka Sdn Bhd hari ini telah memeterai perjanjian kerjasama dengan WSH Automotive Sdn Bhd melibatkan penyediaan khidmat bas pelancongan elektrik yang ditandatangani di Langkawi

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali menerusi kenyataan di Facebook rasminya sebentar tadi, menganggap ia sebagai peristiwa yang bersejarah kerana perkhidmatan bas tersebut menawarkan penggunaan teknologi dengan menyediakan ‘Virtual Augmented Reality Goggle’ untuk para pelancong, jadual ‘drop off’,’hop on’ di kesemua lokasi pelancongan di Melaka.

SULAIMAN (berdiri dua kiri) menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama Bas Pelancongan Singgah-Singgah Melaka di antara Panorama Melaka yang diwakili Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam dan Infrastruktur Negeri Melaka merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah Panorama Melaka Sdn Bhd, Datuk Roslan Ahmad bersama Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) Datuk Mohd Fauzi Yaakub dan WSH Automotive Sdn Bhd yang diwakili pengerusinya, Datuk Quek Wan Hong di Langkawi, hari ini.

“Alhamdulillah, hari ini mencatat sejarah yang bakal menggamit dunia di mana Kerajaan Negeri Melaka melalui anak syarikatnya, Panorama Melaka Sdn Bhd telah memeterai perjanjian kerjasama untuk menyediakan khidmat bas pelancongan elektrik, dipanggil bas singgah-singgah yang akan membawa pelancong serta rakyat Melaka meronda di lokasi menarik di negeri bersejarah ini.

“Lebih canggih, bas singgah-singgah ini juga membekalkan ‘Virtual Augmented Reality Goggle’ untuk para pelancong, dengan jadual ‘drop off’ and ‘hop on’ di kesemua lokasi pelancongan di Melaka,” katanya.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam dan Infrastruktur Negeri Melaka merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah Panorama Melaka Sdn Bhd, Datuk Roslan Ahmad, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Datuk Salhah Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) Datuk Mohd Fauzi Yaakub dan Pengerusi WSH Automotive Sdn Bhd, Datuk Quek Wan Hong dan Ketua Pegawai Eksekutif WSH Automotive Sdn Bhd, Mejar (B) Chan Chee Sin.

Jelasnya, menjelang Mac 2021 sejumlah lapan unit bas dijangka beroperasi dengan menyaksikan bakal melibatkan lapan fasa destinasi pelancongan dengan jumlah pelaburan sebanyak RM20 juta.

Selain itu, kerajaan negeri menjangkakan perkhidmatan bas elektrik singgah-singgah ini bakal dinikmati oleh lebih kurang 290,000 warganegara Malaysia setahun.

Views:

1320
Kongsi :
Previous post TYT beri penghormatan terakhir jenazah tiga beradik
Next post “Saya nak jalan jauh tuk…”
Ubah saiz-+=