Lagu asli tidak bosan jika faham maksudnya

Masa Membaca:1 Minit, 44 Saat

AYER KEROH 12 November – “Biarpun ramai rakan-rakan menganggap lagu asli ini membosankan, namun tidak bagi saya jika kita memahami maksud di setiap baris lagu tersebut”.

Kata anak muda Hafizuddin Jamaluddin,20 yang merangkul gelaran johan kategori lelaki pada Pertandingan Bintang Asli Remaja Kebangsaan 2022, hari ini.

Berasal dari Kuching Sarawak, kemenangan itu merupakan rezeki tidak dijangka kerana lebih ramai pesaing yang hebat pada pertandingan itu.

“Saya mempertaruhkan lagu asli Pasir Roboh dan Joget Si Pinang Muda pada pertandingan ini, alhamdulillah tidak sangka menjadi johan.

“Kemenangan ini hasill didikan ayah dan abang saya yang sentiasa memberi sokongan dalam mengetengahkan lagu-lagu asli.

“Sejak kecil saya selalu mendengar nyanyian lagu asli daripada abang dan ayah, sebab itulah saya mula minat dan belajar tentang irama asli ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI) di Panggung Sari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Melaka.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam.

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah JKKN, Rosnan Nordin; Timbalan Ketua Pengarah (Dasar dan Penyelidikan) JKKN, Mohd Amran Mohd Haris dan Pengarah JKKN Melaka, Ezlina Elias.

ED1ACE99-23A9-4FDC-8BFD-40026DF874C3
HAFIZUDDIN dan Nur Dalilah Husna dinobatkan johan Pertandingan Bintang Asli Remaja Kebangsaan 2022.

Sementara itu, turut merangkul johan bagi kategori wanita adalah Nur Dalilah Husna Ahmad,20, dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Anak bongsu daripada empat beradik ini juga tidak menjangka akan membawa gelaran johan dalam pertandingan itu.

“Perasaan sudah tentu gembira, saya tak sangka menang kerana masa untuk berlatih hanya seminggu, pelbagai ujian dan tekanan terpaksa saya hadapi.

“Alhamdulillah hari ini saya cuba berikan persembahan yang terbaik dan ianya membuahkan hasil, terima kasih juga kepada ahli keluarga yang sentiasa menyokong.

“Saya minat lagu asli ini sejak kecil lagi kerana adik beradik semua memang didedahkan dengan lagu sebegini,” katanya.

Pada pertandingan itu johan pertandingan berjaya membawa pulang wang tunai RM5,000, piala iringan serta sijil penyertaan.

Manakala bagi naib johan membawa pulang wang tunai RM3,000, tempat ketiga wang tunai RM2,000, piala iringan serta sijil penyertaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3351
Kongsi :
Previous post P135 Alor Gajah: 13 tawaran, 5 KPI Shahril Hamdan
Next post 44 mangsa banjir ditempatkan di dua PPS
Ubah saiz-+=