Lampu isyarat Seri Negeri beroperasi setengah jam sehari sahaja

Masa Membaca:1 Minit, 32 Saat

AYER KEROH 24 November – Lampu isyarat di Bulatan Seri Negeri hanya akan beroperasi selama setengah jam pada Isnin hingga Jumaat sahaja.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Infrastruktur dan Pengurusan Banjir negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, setakat ini pembinaan lampu isyarat di bulatan itu masih di dalam tempoh percubaan dan akan beroperasi sekitar jam 4.45 sehingga 5.15 petang.

Malah katanya, bagi mengelakkan kesesakan berlaku pada waktu puncak itu, tempoh had lampu hijau di persimpangan jejambat MITC menuju ke Seri Negeri akan dipanjangkan dari 90 saat kepada 110 saat.

“Pemasangan lampu isyarat ini adalah bagi memastikan lebih 500 kakitangan di Seri Negeri dapat keluar daripada persimpangan ini berikutan sebelum ini ‘terperangkap’ dan terpaksa beratur panjang untuk keluar ke bulatan itu dan mengakibatkan berlakunya kesesakan.

“Pengoperasiannya hanya pada Isnin hingga Jumaat dan tidak membabitkan waktu hujung minggu bagi memastikan penguraian trafik lancar.

“Selain daripada waktu yang ditetapkan ini lampu isyarat itu hanya akan mengeluarkan ‘amber flashing’ iaitu lampu berwarna kuning sahaja,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

WhatsApp Image 2022-11-24 at 1.22.39 PM
RAHMAD ketika lawatannya bagi menyelesaikan isu kesesakan di bulatan itu pagi tadi.

Dalam pada itu beliau berkata beberapa langkah ini juga telah diambil tindakan secepatnya setelah mendapati berlakunya kesesakan luar biasa sejak dua hari lalu pada waktu puncak.

“Kita mendapati dua bonggol yang menjadi ‘speed harm’ menambahkan lagi kesesakan berkemungkinan kenderaan yang bergerak ketika lampu hijau lambat memulakan perjalanan mengakibatkan masalah ini berlaku.

“Rentetan itu, kita telah mengambil tindakan dengan membuang semula dua bonggol yang dipasang dari dua arah di bulatan itu dan kerja-kerja telah dilaksanakan pada jam 9 pagi tadi.

“Bagaimanapun setakat ini operasi lampu isyarat itu dalam tempoh kajian seminggu hingga Jumaat hadapan dan kita akan menilai semula pencapaian penguraian lalu lintas ini agar ia mampu diatasi sewajarnya,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

6381
Kongsi :
Previous post Bekas jurulatih MUFC kini Pengarah MSN Melaka
Next post Bekas murid SK Bandar Hilir 2  berkumpul di majlis ‘reunion’ 
Ubah saiz-+=