
Bekas murid SK Bandar Hilir 2 berkumpul di majlis ‘reunion’
BANDARAYA MELAKA – Seramai 50 bekas murid Sekolah Rendah Kebangsaan Bandar Hilir 2 (SK Bandar Hilir 2) tahun 1970 hingga 1975 menganjurkan majlis ‘reunion’ bersama beberapa bekas guru kesayangan mereka di sebuah hotel di sini baru-baru ini.
Penganjurnya, Hue Kong Yan berkata majlis reunion itu antara lain mengeratkan silaturrahim antara bekas murid sekolah berkenaan selain mengembalikan nostalgia di bangku persekolahan.
Menurutnya, pelbagai aktiviti dilakukan pada majlis berkenaan, antaranya termasuk mengenali bekas pelajar, guru dan juga aktiviti penyamaran bagi mengenali ‘kebiasaan’ atau ‘tingkah-laku’ semasa guru.

Bekas guru sekolah berkenaan, Datuk Kian Sit Har turut hadir memeriahkan sambutan tersebut dan beliau terasa terharu apabila berinteraksi bekas pelajar beliau yang kini bergelar peguam, jurutera and ahli perniagaan.
“Saya gembira kerana anjuran ini kerana ia boleh mengeratkan persahabatan antara mereka dan berharap yang hadir dapat
menghulurkan tangan kepada pihak yang memerlukan dari masa ke masa, ” katanya kepada MHI.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
AHMAD IRFAN GENGGAM ANUGERAH KETUA PENGARAH
SELANDAR 9 September - Pengalaman memimpin rakan pelajar ketika menggalas tanggungjawab sebagai Yang Dipertua (YDP) Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Kolej...
‘LEGA SUAMI KEMBALI MAMPU URUS DIRI’
AYER LIMAU 9 September - Perkembangan suaminya Sulaiman Muhammad Kassim, 60, kini mampu menguruskan diri sendiri selepas dua kali mengalami...
SISA DAPUR JADI BAJA, BERPOTENSI JANA EKONOMI KELUARGA
AYER LIMAU 10 September - Pertanian organik dilihat bukan sekadar aktiviti mengisi masa lapang, malah mampu menjadi alternatif kepada masyarakat...
WRUR AYER LIMAU: RESAH SETIAP KALI RIBUT PETIR BERAKHIR, PENDAWAIAN ELEKTRIK UZUR DIGANTI BAHARU
AYER LIMAU 9 September - Risau berlaku litar pintas akibat pendawaian elektrik rumah yang sudah uzur, Muhammad Adlan Hanif Mohd...
ZAKAT PERNIAGAAN RM150,000, TANDA PRIHATIN KEPADA ASNAF MELAKA
KOTA LAKSAMANA 9 September - Komitmen sektor korporat menunaikan zakat terus memberi sinar kepada golongan memerlukan apabila RM150,000 zakat perniagaan...
ZIARAH KASIH DUN AYER LIMAU TAK KIRA MUSIM
AYER LIMAU 9 September - Program ziarah kasih yang dilaksanakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau, bukan sekadar dilaksanakan...
