Laporan berita media Melaka antara terbaik dalam negara – KM

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

TANJUNG BIDARA 3 Mac – Laporan berita oleh pengamal media berjaya mengangkat nama Negeri Melaka semakin gah sepanjang tahun 2024.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, ia dapat dilihat apabila berita mengenai negeri ini, khususnya sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) berada pada taraf terbaik di seluruh negara.

“Kepada rakan media Negeri Melaka, terima kasih saya ucapkan kerana mempromosi TMM2024 dan segala inisiatif oleh Kerajaan Negeri Melaka.

“Andalah lidah Kerajaan Negeri kerana jari tuan-tuan dan puan-puanlah yang mengetuk papan kekunci menjadi sebuah laporan yang kemudian dibaca oleh rakyat.

“Saya percaya Kerajaan Negeri dan pengamal media akan terus menjadi rakan kongsi terbaik dalam membina Melaka ke arah lebih baik di masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Media Melaka Bersama YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Bin Yusoh Ketua Menteri Melaka di Villa d’Acqua, di sini, malam tadi.

Hadir sama, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan dan lain-lain kenamaan.

Majlis makan malam itu dihadiri lebih 50 pengamal media daripada pelbagai agensi berita di negara ini.

Dalam ucapannya Ab Rauf turut menyeru pengamal media agar terus melaporkan pelbagai teras dan inisiatif Kerajaan Negeri dalam mendengar denyut nadi rakyat dan menjadi Melaka sebagai sebuah negeri berkebajikan.

Kata Ketua Menteri, antara inisiatif untuk rakyat yang perlu diberi perhatian dan laporan lebih meluas ialah seperti Kampung Digital, Domain @melaka.my dan Paramedik Komuniti.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1033
Kongsi :
Previous post JAKIM pastikan peruntukan sampai kepada mualaf
Next post Hidangan ikhlas ‘cef mata satu’ tambat hati juri
Ubah saiz-+=