
Lata Mageshkar meninggal dunia pada usia 92 tahun
INDIA 6 Feb – Penyanyi yang banyak mengalunkan lagu-lagi popular Bollywood, Lata Mangeshkar meninggal dunia, hari ini.
Beliau dilapor meninggal dunia pada usia 92 tahun di sebuah hospital di Mumbai selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) sejak 11 Jan lalu akibat jangkitan COVID-19.
Perkara itu turut dimaklumkan Perdana Menteri India, Narendra Modi yang menzahirkan rasa sedih di atas pemergian penyanyi legenda itu.
“Saya tidak mampu berkata apa-apa kerana amat sedih dengan pemergian ini.
“Dia (Lata Mageshkar) yang baik hati dan penyayang sudah tinggalkan kita dan kehilangannya tidak boleh diganti,” katanya dalam satu ciapan di Twitter.
Mangeshkar dilahirkan pada 28 Sept 1929 di dan memulakan kerjaya sebagai penyanyi ketika berusia 13 tahun.
Dia mula menempa nama menerusi nyanyian dalam filem ‘Aapki Sewa Mein’.
Sepanjang kariernya, Mageshkar sudah menyanyi untuk lebih 1,000 buah filem.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG: SEMAI PERASAAN BANGGA, CINTAKAN NEGARA
AYER KEROH 13 Ogos - Sebanyak 84 Komuniti MADANI seluruh Melaka akan digerakkan bagi menjayakan kempen '1 Rumah 1 Jalur...
BANTUAN TEPAT IKUT KEPERLUAN, JADI PENGUAT SEMANGAT PENJAJA KECIL
BEMBAN 13 Ogos - Peniaga kecil, usahawan dan penjaja menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas sumbangan peralatan perniagaan sempena Program...
111 PENJAJA, USAHAWAN KECIL DUN BEMBAN TERIMA BANTUAN RM50,000
BEMBAN 13 Ogos - Seramai 111 penjaja dan usahawan kecil dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban menerima bantuan peralatan...
RUMAH BAHARU JADI SIMBOL HARAPAN BUAT AMRAN SEKELUARGA
GADEK 13 Ogos - Bertahun-tahun lamanya, setiap kali hujan lebat Amran Sulaiman, 59, dan isteri resah memikirkan ruang dalam kediaman...
MAIM ADA BUDI BICARA, SEDIA BANTU RAKYAT DALAM KESUSAHAN
AYER MOLEK 13 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mempunyai budi bicara yang tinggi dalam membantu golongan asnaf mahupun...
IKAN BAKAR TELOK MAS JADI FENOMENA
TELOK MAS 13 Ogos - Industri ikan bakar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus mencatatkan sambutan luar biasa...

