Lelaki berpangkat Datuk didakwa lupus, pindah, terima wang lebih RM8 juta

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

KUALA LUMPUR 19 Mac. – Seorang lelaki berpangkat Datuk dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 16 pertuduhan melupuskan, memindahkan dan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah lebih RM8 juta.

Datuk Ahmad Azwan Aboo Mansoor, 51, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Hasbullah Adam.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ketujuh, tertuduh didakwa melupuskan wang berjumlah RM815,863.06 yang merupakan hasil daripada aktiviti haram daripada akaun simpanan bank miliknya di Bank Islam Malaysia Berhad, Cawangan Taman Melawati di sini antara April 2016 hingga April 2018.

Ahmad Azwan turut berdepan lima pertuduhan memindahkan wang berjumlah RM3,020,299.98 yang merupakan hasil daripada aktiviti haram daripada akaun simpanan bank miliknya ke dalam satu lagi akaun banknya dan dua akaun bank masing-masing milik seorang lelaki dan sebuah syarikat pada tempat sama antara 11 Jun 2016 hingga 20 Disember 2017.

Dia juga didakwa atas empat pertuduhan menerima wang berjumlah RM4,180,396.59 yang merupakan hasil daripada aktiviti haram ke dalam dua akaun simpanan bank milik tertuduh di Bank Islam Malaysia Berhad, Cawangan Taman Melawati dan Malayan Banking Berhad, Cawangan Taman Setiawangsa di sini antara 10 Disember 2016 hingga 9 Mac 2018.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

354
Kongsi :
Previous post Tunggu laporan JPM, tanam semula pokok bakau di Tanjung Tuan
Next post Fernandes sedia terajui MFL
Ubah saiz-+=