
Lelaki dikhuatiri lemas, lori dipandu terjatuh ke laut
SEREMBAN 19 Julai – Seorang lelaki warga tempatan berusia 33 tahun dikhuatiri lemas selepas lori yang dipandunya secara mengundur terjatuh ke dalam laut dari jeti pemunggahan arang batu di Jimah Power Plant, Port Dickson dekat sini, awal pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson Mohd Hairul Izam Mazelan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada kira-kira 1.50 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
“Siasatan awal mendapati ketika kejadian mangsa dan empat lagi rakannya yang merupakan warga asing sedang melakukan kerja pembersihan arang batu di jeti pemunggahan arang batu untuk disimpan ke coal yard di jeti berkenaan.
“Ketika ini Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Bomba sedang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang bermula sejak pagi tadi dan mangsa dipercayai terjatuh di kedalaman kira-kira 25 meter dari paras laut,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Bagaimanapun, menurut beliau operasi SAR berkenaan mengalami sedikit kesukaran ekoran air laut yang bergelora dan ombak besar ketika ini.
Beliau berkata, pihaknya turut dibantu beberapa agensi penyelamat lain termasuk polis dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
NADI BANTU USAHAWAN LUAR BANDAR BERJAYA
TELOK MAS 8 Mei - Kewujudan 1,099 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) terbukti membawa impak cukup besar kepada rakyat dalam...
NADI TAMAN SERI TELOK MAS DILANCARKAN
TELOK MAS 8 Mei - Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Taman Seri Telok Mas menjadi yang terbaharu dibangunkan di negara...
TEATER AMAL: MANEK SULAMKAN SI-AYER MATA, INISIATIF BISTARI SOKONG PRODUK SENI MELAKA
KLEBANG 8 Mei - Pementasan Teater Amal: Manek Sulamkan Si-Ayer Mata antara inisiatif dilaksanakan Badan Amal Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat...
190 PUSAT KOMUNITI DESA DIAKTIFKAN BERSAMA ‘NADI’
TELOK MAS 8 Mei - Sebanyak 190 Pusat Komuniti Desa (PKD) di seluruh negara bakal diaktifkan untuk berfungsi menjadi seakan-akan...
PELAJAR KOLEJ KOMUNITI JASIN TEROKA DUNIA LOGISTIK
AYER KEROH 8 Mei - Seramai 30 pelajar Program Sijil Perkhidmatan Logistik (SLK) bersama dua pensyarah pengiring dari Kolej Komuniti...
WRUR AYER MOLEK: SELESAI ADUAN RAKYAT IKUT KATEGORI
AYER MOLEK 8 Mei - Aduan diterima sepanjang Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek...

