
LELAKI DITEMUKAN LEMAS KETIKA KELUAR MENCARI SIPUT
Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Shariman Ashari berkata mayat Shaarani Ghazali, 32, ditemukan terapung oleh orang awam dalam keadaan tidak berbaju dan berseluar hitam, lebih kurang 10 meter dari titi nelayan berkenaan.
Beliau berkata polis menerima maklumat mengenai penemuan satu mayat lelaki yang terapung pada 10.45 pagi tadi berserta plastik berisi siput pada badan mangsa.
“Adik mangsa yang berada di lokasi kejadian telah mengesahkan identiti mangsa dan memaklumkan abangnya keluar dari rumah kira-kira 7 malam untuk mencari siput yang juga rutin harian mangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurut adik mangsa, abangnya mempunyai penyakit sawan dan kali terakhir mendapatkan rawatan adalah pada 2017 di Hospital Sultanah Maliha, Langkawi.
“Pemeriksaan awal ke atas mayat tidak menemukan sebarang kesan kecederaan berunsur jenayah yang boleh dikaitkan dengan kematiannya. Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Maliha Langkawi untuk proses bedah siasat,” katanya.
Shariman berkata kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
ZOO MELAKA, UTM GABUNG KEPAKARAN BANGUNKAN FASILITI MESRA HIDUPAN LIAR
AYER KEROH 11 September - Kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Zoo Melaka membuka ruang kepada pembangunan fasiliti hidupan liar...
WRUR TANJUNG BIDARA JADI TUMPUAN, SIRI TERAKHIR SELEPAS JELAJAH 28 DUN
SERI NEGERI 11 September - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara yang berlangsung 13...
‘AYAH SAYA TAK CEMERLANG’, LUAHAN ANAK CETUS USAHA HAMEED RAI MURID PENDIDIKAN KHAS
AYER LIMAU 11 September - "Ayah, saya tak cemerlang." Itu luahan ringkas anak kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer...
PRN MELAKA: WAKTUNYA TAK BERAPA PANJANG, TAK BERAPA PENDEK
KUALA LUMPUR 11 September - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh memberikan bayangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka...
SOKONGAN MAIM, TAPEM PERKUAT LANGKAH ANAK MELAKA DI MESIR
PENGKALAN BATU 11 September - Keprihatinan Kerajaan Negeri menerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka...
BUDAYA KERJA M.E.L.A.K.A PACU PENJAWAT AWAM LEBIH CEKAP, RESPONSIF
SERI NEGERI 11 September - Budaya kerja berteraskan nilai M.E.L.A.K.A atau Mesra, Empati, Laju, Akal, Kerjasama dan keupayaan menyesuaikan diri...
