
Lelaki lemas, rakan hilang ketika mandi di Pantai Batu Layar
JOHOR BAHRU 23 Mac – Kegembiraan dua sahabat bermandi-manda di Pantai Batu Layar dekat Kota Tinggi hari ini bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka lemas, manakala seorang lagi dilaporkan hilang, dikhuatiri turut lemas.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sebana Cove Penolong Penguasa Bomba Mohd Khairul Sufian Dahari berkata mayat Muhamad Hariz Farhat Omar, 23, ditemukan tersangkut di celah batu kira-kira 30 meter dari pantai oleh orang awam pada 11.16 pagi dan dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk tindakan lanjut.
Rakannya, Muhammad Hibatullah Hakim Razak, 23, pula masih belum dijumpai dan operasi pencarian diteruskan di pesisir pantai dengan dibantu aset Pasukan Polis Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.
Menurut Mohd Khairul Sufian, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.59 pagi sebelum 19 anggota termasuk Pasukan Penyelamat Di Air digegaskan ke lokasi.
“Kedua-dua mangsa dipercayai sedang mandi ketika air surut dan telah ditarik arus,”katanya dalam kenyataan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LEBIH 10,000 SERBU MENARA TAMING SARI SEMPENA AIDILFITRI
BANDA HILIR 2 April - Menara Taming Sari terus menghidupkan sektor pelancongan negeri apabila diserbu pengunjung selepas dibuka pada hari...
KILANG KOPI DAN BISKUT HILANG STATUS HALAL, GUNA BERUS DISAHKAN BULU BABI
BANDARAYA MELAKA 1 April - Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) sebuah kilang kopi dan biskut di Melaka ditarik selepas penemuan...
IMAM DIUJI MASALAH SARAF DI KEPALA, MAIM HADIR HULUR BANTUAN
AYER MOLEK 1 April - Walaupun keadaan fizikalnya nampak sihat, namun siapa sangka seorang Imam 2 Masjid Al Abrar Kampung...
KEM SILAMBAM JANJI PERSEMBAHAN TERBAIK, SASAR DUA EMAS
AYER KEROH 1 April - Kejayaan meraih tiga gangsa pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Sarawak menjadi pembakar semangat...
PLATFORM E-DAGANG PACU PENINGKATAN USAHAWAN WANITA MUDA DI MELAKA
MELAKA 1 April - Perkembangan pesat platform e-dagang kini menjadi antara pemacu utama yang melonjakkan penglibatan wanita muda di Melaka...
APM MELAKA REKOD PENINGKATAN KES TANGKAPAN HAIWAN BERBISA
MELAKA 1 April - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka merekodkan peningkatan tangkapan haiwan berbisa terutama ular kepada 1,800 kes...
