
Lelaki maut, kereta dipandu langgar besi penghadang jalan
PUTRAJAYA, 28 Mei – Seorang lelaki maut apabila kereta dipandunya melanggar besi penghadang jalan di KM 37.9 Persiaran Utama menghala ke Puchong di sini, hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang Supt Md Noor Aehwan Mohammad berkata dalam kejadian pukul 6 pagi itu, mangsa berusia 29 tahun berkenaan memandu kereta Proton Gen-2 dari arah Cyberjaya menuju ke rumahnya di Puchong, apabila dipercayai terbabas sendiri sebelum melanggar besi penghadang jalan itu.
“Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian. (Mayat) mangsa yang tersepit itu dibawa keluar dengan bantuan pihak bomba dan dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat,” katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata enam anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 7 pagi.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
30 BOT BERHIAS, PERTANDINGAN TEBAR JALA ANTARA TARIKAN FESTIVAL SUNGAI MELAKA 2026
AYER LIMAU 9 September - Jumlah penyertaan bagi pertandingan bot berhias sempena Festival Sungai Melaka 2026 di Jeti Nelayan Telok...
MAIM SASAR LEBIH RAMAI BELIA SERTAI BSAT
AYER KEROH 9 September - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menyasarkan lebih ramai golongan belia dan pelajar institusi pengajian tinggi...
TERHARU TOK RAUF KONGSI BERITA GEMBIRA BUMBUNG RUMAH PUSAKA BAKAL DIGANTI
AYER LIMAU 9 September - Masalah bumbung rumah pusaka didiami Mualif Mohd Noor yang bocor sejak sekian lama mendapat perhatian...
TOK RAUF BAWA KHABAR GEMBIRA, RUMAH UZUR ROHAIDAH BAKAL DIBAIK PULIH
AYER LIMAU 9 September - Kunjungan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh membawa khabar gembira buat Rohidah Mohd...
MELAKA RUMAHKU: RM8 JUTA BANTU GOLONGAN PERLUKAN RUMAH SELESA
AYER LIMAU 9 September - Kerajaan Negeri memperuntukkan kira-kira RM8 juta sepanjang tahun ini bagi pelaksanaan Program Melaka Rumahku (PMR)...
1,500 ATLET ‘RACECATION’ RANCAKKAN PELANCONGAN SUKAN MELAKA
KOTA LAKSAMANA 8 September - Melaka semakin mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi pelancongan sukan apabila kira-kira 1,500 peserta dari lebih 45...

