
Lelaki maut kereta terjunam dalam longkang
BANDARAYA MELAKA 26 Oktober – Seorang lelaki maut selepas kereta dipandu terbabas dan menjunam ke dalam sebuah longkang besar di Jalan Durian Daun, di sini, malam semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.50 malam itu, mangsa, Tey Shen Hao, 26, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan awal mendapati, mangsa sedang dalam perjalanan menghala ke Bukit Baru dari arah Bandar Melaka.
Katanya, ketika tiba di lokasi kejadian, kereta dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan terjunam masuk ke dalam longkang berhadapan Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perempuan Melayu Melaka.
“Akibat kemalangan itu, mangsa ditemui maut di tempat kejadian dan mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka.
“POL 61 telah dikeluarkan bagi menjalankan bedah siasat untuk mengetahui punca kejadian,” katanya.
Beliau berkata, siasatan lanjut masih diteruskan memandangkan tiada saksi tampil untuk memberi keterangan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR BANDA HILIR: MBMB NAIK TARAF 4 LIF PANGSAPURI UZUR
BANDA HILIR 4 Jun – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan terus meneliti keperluan menaik taraf fasiliti pangsapuri lama di...
REMAN SUSPEK KES PEMBUNUHAN MAYAT REPUT DALAM TILAM DISAMBUNG TUJUH HARI LAGI
MELAKA 4 Jun - Suspek kes pembunuhan melibatkan penemuan mayat reput di dalam balutan tilam dengan tangan terikat di sebuah...
ABDUL HALIM DILANTIK SEMULA MUFTI MELAKA
SERI NEGERI 4 Jun - Datuk Wira Abdul Halim Tawil dilantik semula sebagai Mufti Kerajaan Negeri Melaka. Ia selepas beliau...
PENDUDUK LEGA, KEMELUT GANGGUAN BEKALAN AIR SELESAI
PENGKALAN BATU 4 Jun - Kira-kira 100 penghuni Blok B, Rumah Pangsa Batu Berendam, di sini, dapat menarik nafas lega...
MEDIPULIH LANCAR KAD RAHMAH, PERLUAS AKSES KESIHATAN MAMPU MILIK
AYER KEROH 4 Jun - MediPulih Melaka memperluas akses kesihatan mampu milik menerusi pelancaran Kad Rahmah pada Grand Opening MediPulih...
TEMPOH PERCUBAAN ‘GO STRAIGHT’ DI PERSIMPANGAN HICOM PEGOH, JALAN TUN ABDUL RAZAK
AYER KEROH 4 Jun - Tempoh percubaan bagi inisiatif 'Go Straight' dilaksanakan diPersimpangan Hicom-Pegoh dan Jalan Tun Abdul Razak -...
