Melaka mohon RM12 juta bantu penyuraian trafik

Masa Membaca:55 Saat

BANDARAYA MELAKA 26 Oktober – Kira-kira RM12 juta dipohon Kerajaan Negeri Melaka daripada Kerajaan Pusat bagi melaksanakan kerja-kerja penyuraian trafik di negeri ini bersempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Melaka Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, peruntukan itu akan membabitkan naik taraf jalan utama dan persimpangan ke Bandaraya Melaka termasuk pintu-pintu masuk ke negeri ini.

“Permohonan itu sudah dibuat dan kita sedang menunggu kelulusan namun jumlah yang akan diterima belum pasti.

“Apabila diluluskan kelak, kerja penyuraian trafik akan dibuat terutamanya membabitkan jalan atau persimpangan menghala ke Bandaraya Melaka termasuk juga di pintu masuk ke negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas bersiaran pada Segmen ‘Apa Khabau YB’ di MelakaFM, hari ini.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau itu, jumlah peruntukan yang dipohon itu turut membabitkan pelaksanaan ‘No Right Turn’.

“Jika peruntukan ini diluluskan mungkin akan ada beberapa lagi lokasi atau laluan dilaksanakan ‘No Right Turn’.

“Ini kerana untuk melaksanakan insiatif penyuraian trafik itu ia membabitkan sejumlah kos,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

858
Kongsi :
Previous post Bahasa kolokial, dialek perlu dipertahan agar tidak pupus
Next post Lelaki maut kereta terjunam dalam longkang
Ubah saiz-+=