Melaka teliti dua lagi lokasi ‘No Right Turn’

Masa Membaca:1 Minit, 52 Saat

BANDARAYA MELAKA 26 Oktober – Pelaksanaan ‘No Right Turn’ akan dilakukan secara berperingkat di dua lagi lokasi lain dalam membantu penyuraian trafik, sekali gus mengurangkan kesesakan di negeri ini.

Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, namun begitu ia masih dalam peringkat penilaian sebelum dilaksanakan.

Beliau berkata, pada waktu ini pelaksanaan ‘No Right Turn’ telah dilaksanakan di Persimpangan Stadium Hang Jebat danPersimpangan Kandang-Duyong, Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ).

“Lokasi ketiga akan dilaksanakan No Right Turn ini adalah di Simpang Melaka Mall pada 31 Oktober ini selama dua minggu. Dalam tempoh percubaan itu nanti kita akan lihat maklum balas dari pengguna jalan raya serta penduduk setempat sebelum diputuskan bagi pelaksanaan seterusnya.

“Selepas itu kita akan buat kajian lagi di dua lokasi lain yang dikenal pasti iaitu di Lebuh Ayer Keroh, berhampiran Wisma Kastam dan Kampung Paya Keladi berdekatan Plaza Tol, Ayer Keroh, menjadikan kesemuanya lima.

“Kita dari semasa ke semasa akan mengenal pasti semaksima mungkin lokasi lain sebelum menjelang Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM24) dan proses mengenal pasti sedang dilaksanakan” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas bersiaran pada Segmen ‘Apa Khabau YB’ di MelakaFM, di sini, hari ini.

Hameed yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau berkata, maklumat yang diterima Kerjaan Negeri dan Jabatan Kerja Raya (JKR) berhubung pelaksanaan ‘No Right Turn’ di dua lokasi sebelum ini mendapat reaksi positif bukan sahaja dalam kalangan penduduk setempat bahkan pengguna jalan raya.

“Setakat dua lokasi ini alhamdulillah berjalan lancar, cuma di Stadium Hang Jebat kita hanya mengalami masalah pada hari pertama dan kedua sahaja untuk kesesuaian masyarakat tetapi selepas hampir sebulan ia berjalan baik.

“Begitu juga di Persimpangan Kandang-Duyong apabila mendapat maklum balas amat baik daripada masyarakat kerana mereka mudah bergerak dan pergerakan trafik lancar terutamanya pada waktu puncak,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, keputusan untuk mengekalkan atau mewarta ‘No Right Turn’ hanya akan dibuat selepas mendapat maklum balas masyarakat.

“Sekarang ini hanya dalam tempoh ujian atau percubaan sahaja. Selepas selesai kelima-lima ini kita akan buat satu keputusan sama ada untuk mewartakan sebagai terus atau sebaliknya.

“Bila tamat percubaan kita akan buat satu keputusan, semuanya berpandu kepada maklum balas masyarakat setempat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1426
Kongsi :
Previous post Lelaki maut kereta terjunam dalam longkang
Next post Capaian 5G Melaka diperluas menjelang akhir tahun
Ubah saiz-+=