
Lelaki muat naik video berunsur perkauman dibebas dengan jaminan polis
KUALA LUMPUR, 26 Nov – Pemilik akaun Twitter menggunakan nama Zulfadzli@bumilangit yang ditahan polis kerana disyaki memuat naik video berunsur perkauman di media sosial pada Khamis lepas, dibebaskan dengan jaminan polis.
Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata ia susulan tempoh reman ke atas lelaki tersebut tamat pada hari ini.
“Seterusnya, PDRM melalui Unit Siasatan Jenayah Terkelas, akan merujuk kertas siasatan ke Pejabat Peguam Negara menurut peruntukan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan, setelah siasatan dilengkapkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Lelaki berusia 39 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, kerana memuat naik video yang menjurus kepada unsur perkauman yang boleh mencetuskan ketegangan kaum di aplikasi TikTok.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
DUN KUALA LINGGI RAIKAN ATLET SUKAN MELAKA
KUA LINGGI 17 Ogos - Atlet dan pegawai pasukan mewakili Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi yang beraksi pada pentas...
OUM PILIHAN WARGA KERJA, OKU BINA KERJAYA SAMBIL BELAJAR
AYER KEROH 17 Ogos - Pembelajaran fleksibel, yuran pengajian yang kompetitif serta kemudahan pembelajaran dalam talian menjadikan Open University Malaysia...
POLIS SIASAT KES LELAKI DITUMBUK BERKAITAN TAPAK NIAGA
MELAKA 17 Ogos - Polis mengesahkan kejadian pergaduhan membabitkan seorang lelaki yang ditumbuk di bahagian kepala, dipercayai berpunca daripada perselisihan...
JAKIM DEKATI REMAJA, TANGANI ISU SOSIAL
PENGKALAN BATU 17 Ogos - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan meneruskan Program Jerayawara Kesedaran Isu Sosial (J-KIS) ke seluruh...
INKLUSIVITI DESA FELDA HUTAN PERCHA PUKAU DELEGASI 18 NEGARA
BANDA HILIR 17 Ogos - Pengalaman tinggal bersama masyarakat Felda Hutan Percha memberi kesan mendalam kepada 20 peserta dari 18...
‘MELAKA BILA LARUT MALAM’ BAWA NAFAS BAHARU KE PASAR BESAR BACHANG
AYER KEROH 17 Ogos - Pasar Besar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Bachang bakal dihidupkan pada sebelah malam menerusi program...

