
Lelaki ‘naik gila’ atas bumbung rumah
PANTAI KUNDOR 17 Oktober – Penduduk kampung di Jalan Bukit Tempayan, Tanjung Kling, di sini gempar dengan tindakan seorang lelaki ‘naik minyak’ bertindak memegang sebilah parang di atas bumbung rumah.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, lelaki berkenaan dikatakan memanjat bumbung rumah dalam keadaan tidak berbaju sebelum cuba ditenangkan penduduk kampung.
Bagaimanapun tindakan itu tidak diendahkan menyebabkan penduduk terpaksa menghubungi pihak berkuasa.
Difahamkan, seorang penduduk yang juga jiran suspek turut mendakwa dirinya telah diugut akan dipukul dan dicederakan oleh lelaki tersebut.
Susulan daripada itu, satu laporan polis telah dibuat ekoran insiden yang mengakibatkan kerosakan seperti bumbung rumah, siling, lampu dan pintu bilik pecah.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit mengesahkan menerima laporan tersebut.
Katanya, suspek telah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
-Berita lanjut menyusul-
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
DULU SELENGGARA SENAPANG, KINI TUAI CENDAWAN
AYER LIMAU 29 September - Jika dahulu rutin hariannya bersama Tentera Darat Malaysia (TDM) dipenuhi tugas membaiki dan menyelenggara sistem...
JIMAT RM50, TAPI DAPAT BELI MACAM-MACAM
PENGKALAN BATU 29 September - Kupon bernilai RM50 yang diagihkan kepada orang ramai bersempena Jualan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) amat...
4 JETI NELAYAN AYER LIMAU DIBERI NAFAS BAHARU
AYER LIMAU 28 September - Empat jeti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau diperkasa secara berperingkat menerusi pelbagai projek...
JENAZAH TUN DR SITI HASMAH SELAMAT DISEMADIKAN DI PUSARA NEGARA PRESINT 20
PUTRAJAYA, 28 Sept - Suasana hening menyelubungi Pusara Negara di Presint 20 di sini, ketika jenazah Allahyarham Tun Dr Siti...
MAIM LANTIK 54 PEMBIMBING, PENDAMPING MUALAF
ALOR GAJAH 28 September - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) melantik seramai 54 ahli terdiri daripada 20 Skuad Sukarelawan Balai...
RIBUAN JEMAAH TUNAI SOLAT JENAZAH TUN DR SITI HASMAH
KUALA LUMPUR, 28 Sept - Ribuan jemaah memenuhi Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah di sini petang ini, bagi menunaikan...
