Lima kereta ditenggelami banjir kilat

Masa Membaca:57 Saat

KRUBONG 6 Mac – Lima kereta terperangkap di jalan persimpangan Taman Krubong Perdana selepas ditenggelami air, susulan hujan lebat petang tadi.

Hasil perkongsian video berdurasi 27 saat oleh pembaca Melaka Hari Ini sebentar tadi, kelihatan kelima-lima kereta tersebut ditenggelami air sehingga paras bumbung, manakala kenderaan lain terpaksa menggunakan laluan berlawanan arus bagi mengelak laluan banjir tersebut.

Banjir kilat itu susulan hujan lebat sejak kira-kira 5.40 petang tadi yang turut menyebabkan beberapa kawasan di negeri ini dilanda banjir kilat.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Melaka Tengah, Kapten (PA) Awang Bohari Awang Ahet berkata, setakat jam 8.30 malam tadi lima kawasan dilanda banjir kilat.

“Kawasan terjejas banjir kilat adalah Pengkalan Rama Pantai, Taman Merdeka, Taman Sri Krubong, Taman Krubong Jaya dan Kampung Tampoi.

“Maklumat diperoleh daripada penghulu dan orang awam,” katanya dalam kenyataan malam ini mengenai situasi semasa banjir kilat dan pemantauan kawasan berisiko banjir di Daerah Melaka Tengah.

Beliau berkata, pihaknya masih memantau perkembangan banjir kilat yang berpunca daripada hujan lebat dan limpahan air sungai serta perparitan.

“Bagaimanapun setakat ini tiada Pusat Pemindahan Sementara PPS di kawasan terjejas,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

700
Kongsi :
Previous post 136 terbabit pemantauan pematuhan PKPD di Sekolah Henry Gurney
Next post Orang ramai diminta berhati-hati, ada kawasan dinaiki bah lebih 1.5 meter
Ubah saiz-+=