Sorting by

×

Lupus al-Quran lama, dapat yang baharu

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

AYER KEROH 27 Julai – Sebanyak 100 naskhah al-Quran baharu telah diberikan secara percuma kepada orang ramai yang mahu melupuskan al-Quran lama mereka mengikut tatacara Islam pada Karnival Kitar Semula Mega Trash To Cash di Dataran Graha Makmur, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), di sini, hari ini.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata al-Quran itu juga diberikan sebagai pertukaran secara percuma bagi naskhah yang tidak mendapat perakuan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Katanya, menerusi karnival anjuran Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) itu juga pihak KDN telah berjaya mengumpulkan sebanyak 442.74 kilogram naskah al-Quran lama yang akan dilupuskan.

“Menerima al-Quran yang mahu dilupuskan ini merupakan julung kali kita adakan sepanjang pelaksanaan program kitar semula.

“Pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) juga turut serta dan berjaya merekodkan sebanyak 717 kilogram naskah al-Quran yang akan dilupuskan di relau Masjid Al Ghaffar, Jasin.

“Naskah al-Quran yang sudah lama dan tidak boleh digunakan ini akan dilupuskan mengikut prosedur yang telah ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Karnival Mega Trash To Cash 2024, di Dataran Graha Makmur, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Malaysia, Hee Loy Sian; Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman dan Pengarah SWCorp Melaka, Nor Zaki Md Nor.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

442
Kongsi :
Previous post Melaka bayar lebih RM177,000 kepada rakyat amal kitar semula
Next post Melaka mahu lahir ‘huffaz cilik’ al-Quran