
MAIM BANTU PESAKIT KANSER
AYER KEROH 21 September – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Bahagian Zakat terus mendekati golongan memerlukan apabila tampil menghulurkan sumbangan bagi membantu pesakit kanser.
Bantuan itu dihulurkan kepada Faizan Ahmad Abdullah, 49, yang diuji apabila sekali lagi disahkan menghidap barah otak.
Bapa kepada sembilan anak itu kini tidak mampu menguruskan diri sendiri dan mengharapkan bantuan isteri serta anak-anak untuk urusan harian.
Selepas tidak dapat lagi bekerja, perbelanjaan keluarga itu ditanggung isterinya yang bekerja sebagai guru Tadika JAIM, selain turut bergantung pada bantuan makanan bulanan daripada MAIM.
Prihatin dengan nasib yang menimpa Faizan Ahmad, MAIM tampil menghulurkan bantuan bagi membantu ketua keluarga malang itu untuk menjalani rawatan di hospital pakar dan rawatan susulan, selain perlu menjalani sesi kimoterapi di Institut Kanser Negara (IKN).
Dalam kunjungan ziarah kasih MAIM, baru-baru ini, Pegawai Tugas Khas MAIM, Datuk Wira Md Rawi Mahmud bersama Penolong Setiausaha Bahagian Zakat MAIM, Rohaizah Abas, telah menyerahkan sumbangan cek kepada bagi meringankan beban keluarga Faizan Ahmad.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PAYA RUMPUT BUKA TIRAI RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MELAKA 2026
PAYA RUMPUT 21 Mac - Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput tahun ini akan diadakan secara sederhana...
SWM ENVIRONMENT UKIR SENYUMAN LEBARAN
TELOK MAS 21 Mac - SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) terus memperkukuh menzahirkan rasa cakna terhadap insan kurang bernasib...
POLIS MELAKA TUMPASKAN SINDIKET PENIPUAN KHIDMAT SEKS DALAM TALIAN
MELAKA 21 Mac - Polis menumpaskan sindiket penipuan dalam talian dengan penahanan 15 individu termasuk warga China, di Kampung Lapan,...
SENTUHAN MPAG BAWA KECERIAAN, SINARI AIDILFITRI
TABOH NANING 21 Mac - Inisiatif kongsi rezeki daripada Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) menceriakan asnaf dari lima Dewan Undangan...
‘IDEA TOK RAOP MEMANG TERBAIK’
TANJUNGÂ BIDARA 21 Mac - Usaha berterusan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menjaga kebajikan rakyat negeri ini...
KETUA MENTERI HARGAI PENGORBANAN RAKYAT MELAKA BERTUGAS DI HARI RAYA
TANJUNG BIDARA 21 Mac - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menzahirkan penghargaan terhadap semua rakyat Melaka yang...
